Khamis, 26 Januari 2012

Selawat

Pelbagai transformasi akan dijalankan pada tahun ini
Satu lagi transformasi yang dilakukan oleh pihak Badri ialah penambahan aktiviti
selepas bacaan Yasin pada setiap hari Khamis.
Aktiviti tersebut ialah selawat
Pada peringkat awal, pelajar didedahkan kepada selawat yang mudah sahaja
Syukur kepada Allah, program ini mendapat sambutan yang memberansangkan
daripada semua pelajar.
Semoga Nabi Muhammad s.a.w memberikan syafaatnya kepada kita semua.
Insya-Allah.



Pembahagian Kumpulan Usrah

Seperti tahun sebelum ini, pelajar-pelajar akan dibahagikan
 mengikut kumpulan usrah
Oleh itu, seorang guru Mozac, Pn.Suriyati telah menerangkan pengenalan mengenai usrah
serta faedah-faedah yang dapat kita perolehi melalui kumpulan usrah.
Selepas itu, para pelajar dikehendaki berkumpul di astaka, dan dibahagikan mengikut kumpulan usrah masing-masing.

Ceramah Bulanan : Salam

Alhamdulillah, transformasi yang dibawa oleh pengetua baharu ini telah banyak merubah kehidupan di Mozac kearah kebaikan
Beliau telah meletakkan tema tertentu di setiap bulan
Pada bulan Januari ini, temanya adalah SALAM
Oleh itu, Penyelaras Badri, Ustaz Hafiz telah menyampaikan ceramah ringkas berkenaan salam
Ceramah ini telah menjelaskan kepada para pelajar cara menjawab salam, mengirim salam serta hukum-hukum menjawab salam mengikut keadaan tertentu.
Semoga ceramah ini memberikan manfaat kepada Warga Muzaffar Syah

Tadarus Al-Quran

Seperti yang editor telah sebutkan pada entri yang lepas
Setiap hari Jumaat akan diadakan Tadarus Quran
Oleh itu, pihak Badri telah bertungkus-lumus menyiapkan kumpulan tadarus bagi setiap pelajar
Alhamdulillah, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar
Semoga kelancaran ini dapat berkekalan
Ketika program ini berlansung, Ustaz Azhar telah datang untuk melihat suasana kami bertadarus
Beliau telah memberikan tazkirah selepas sahaja tadarus selesai berkenaan dengan cara
tadarus yang sebenar serta menegur sikap pelajar ketika bertadarus
Diharapkan para pelajar dapat mengambil iktibar daripada teguran Ustaz Azhar

Rabu, 25 Januari 2012

Tazkirah Daripada Saudara Qhairul

Alhamdulillah
Pelajar-pelajar Tingkatan 1 semakin rapat dengan pihak Badri
Kami telah mengadakan satu sesi pengenalan solat sunat hajat dan taubat
Saudara Qhairul juga telah menyampaikan kisah mengenai solat sunat taubat memberikan tazkirah
 berkenaan perbezaan wanita yang menutup dan membuka aurat
Terdapat juga beberapa senior yang turut serta mendengar tazkirah ini






Tazkirah Daripada Ustazah Kamariah

Pada tahun yang baharu ini juga
Mozac telah menerima seorang ustazah baharu, Ustazah Kamariah
Beliau pernah mengajar di Mozac
Oleh itu, beliau telah memberikan sedikit tazkirah kepada pelajar-pelajar tingkatan satu serta menceritakan pengalaman beliau menjadi cikgu di sekolah tersebut

Bacaan Yasin

 Pelbagai transformasi telah dilakukan setelah kemasukan Pengetua baharu
Oleh itu, setiap hari Jumaat, para pelajar dikehendaki bertadarus
Malangnya, pada minggu yang pertama ini pihak Badri tidak sempat untuk membahagikan para pelajar mengikut kumpulan yang tetap.
Oleh itu, kami mengadakan bacaan Yasin bagi menggantikan Tadarus tersebut
GPK Hal Ehwal Murid, En. Md Isa b. Jani, turut serta

Rukun Iman

Pada 6 Januari
Pelajar-pelajar Tingkatan 1 telah didedahkan mengenai Rukun Iman
Walaupun kelihatan remeh, masih terdapat dalam kalangan mereka
yang sudah melupakan tentang rukun iman ini
Oleh itu, pendedahan ini sedikit sebanyak membantu mereka mengingati Rukun-rukun Iman

Isnin, 23 Januari 2012

Sesi Berkenalan Pelajar Tingkatan 1 Bersama Badri Tingkatan 5

Alhamdulillah
Selepas membaca Al-Mathurat
Para pelajar tingkatan 1 dibawa ke dewan
untuk sesi perkenalan bersama-sama Badri Tingkatan 5
semoga terdapat dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 yang berminat untuk
menjadi Ahli Badri

Ahad, 22 Januari 2012

Al-Mathurat

Alhamdulillah
Selepas kemasukan pelajar-pelajar Tingkatan 1
Pihak Badri terus memulakan aktiviti bersama-sama mereka
Pelajar Tingkatan 1 telah diajar untuk membaca Al-Mathurat yang menjadi rutin
Nabi Muhammad s.a.w
Walaupun pertama kali kelihatan seperti tidak lancar
Kami percaya mereka dapat membiasakan diri
Semoga mereka melakukannya dengan hati yang ikhlas
Insya-Allah

Sabtu, 21 Januari 2012

Selamat Datang Pelajar Tingkatan 1

Pada 4 Januari yang lepas..
Mozac telah menerima Pelajar-Pelajar tingkatan 1 yang baharu...
Oleh itu, pihak Badri Mozac telah mengadakan beberapa sesi pengenalan bersama mereka..
seperti mengajarkan asas-asas solat berjemaah dan banyak lagi...
trdapat pristiwa yg mencuit hati..apabila seorang pelajar tingkatan satu..
yang cuba untuk mendemonstrasikn 
cara menjadikn seseorang itu sebagai imam..
sila lihat...
*sabar ye Qhairul...

gmbar2 yang laen ade dalam slideshow di bawah...



Ahlan Wasahlan Ya 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
pertama sekali..mntak maaf kerana sudah lame tidak meng'update' blog ini..
wlaupun pun sudah lame thun baru brlalu..
pihak editor ttap ingin mgucapkn slamat tahun baru...

Thun baru ini.. Mozac telah menerima seorang pengetua baru..
beliau ialah Tn. Hj Hasan bin Topit..


diharapkan dengan kemasukan beliau..
dapat men'transformasi'kan sekolah ke arah kecemerlangan
yang lebih unggul...Insya-Allah


....


I made this widget at MyFlashFetish.com.