Rabu, 13 Februari 2013

Cintailah Rasul Kita


Alhamdulilah, setinggi - tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT. Dengan izin dan hidayah-Nya, kita masih lagi dapat merasai nikmat Iman dan Islam yang hanya dapat dirasai oleh orang - orang yang terpilih sahaja. 
Baru - baru ini, kita baru sahaja selesai menyambut hari kelahiran seorang manusia yang paling mulia, iaitu hari kelahiran Habibullah, Rasulullah SAW. Pada hari itu, semua umat Islam berselawat kepada Nabi SAW sebagai tanda cinta dan rindu kita kepada Nabi SAW. Alhamdulillah, semoga selawat dan salam yang kita sampaikan kepada Baginda SAW didengari oleh Baginda SAW.

Maulidur Rasul 2013 di Mozac

Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT. Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah berjaya kita laksanakan dengan jayanya. Semoga Nabi SAW mendengar dan terima selawat dan salam yang kita sampaikan buat Baginda SAW dengan rasa cinta dan kasih yang amat mendalam kepadanya. Dengan ini, janganlah kita hanya ingat kepada Nabi SAW hanya pada hari kelahiran Baginda SAW sahaja. Ingatlah dan cintalah Nabi SAW pada bila - bila masa. Ikutilah sebanyak mungkin sunnah - sunnah Baginda SAW. Semoga kita mendapat syafaat Nabi SAw diakhirat kelak. Insya Allah....

Selasa, 12 Februari 2013

Hebatnya Para Sahabat Nabi SAW


Seperti yang kita tahu, para sahabat Nabi SAW sangat khusyuk ketika solat. Ada yang mengatakan bahawa ketika mereka solat, segala apa yang berlaku disekeliling mereka tidak mereka sedari. Allahu Rabbi, betapa hebatnya iman para Sahabat Nabi SAW. Kali ini saya ingin berkongsi beberapa cerita tentang hebatnya solat sahabat Nabi SAW.
Pada suatu hari, kaki Saidina Umar al-Khattab telah dipanah. Para sahabat yang yang lain cuba untuk menarik keluar panah tersebut dari kaki Saidina Umar al-Khattab. Walaubagaimanapun, Saidina Umar berasa sakit ketika panah dikakinya cuba dicabut. Kemudian Saidina Umar al-Khattab berkata kepada sahabatnya supaya mencabut panah di kakinya ketika dia sedang solat.
Saidina Umar mula menunaikan solat. Ketika beliau sedang bersembahyang, panah yang berada di kakinya dicabut oleh orang yang ada dikelilingnya. Tiada sedikit pun reaksi daripada Saidina Umar ketika panah itu dicabut. Seusai Solat, Sadina Umar al-Khattab berasa sakit dikaki. Rupa - rupanya, baru dia tersedar yang panah dikakinya sudah dicabut..
Allahu Akbar... betapa hebatnya iman Saidina Umar al-Khattab, Khalifah kedua Umat Islam selepas kewafatan Nabi SAW. 
Lagi satu cerita tentang seorang sahabat Nabi SAW juga.. Tapi saya lupa namanya..
Suatu ketika, seorang sahabat Nabi SAW sedang menunaikan solat sunat. Di samping beliau, ada anaknya yang masih kecil sedang bermain. Tiba - tiba, seekor ular telah membelit anaknya itu sehingga anak kecilnya itu hampir mati. Tiada sedikit reaksi pun daripada bapanya yang sedang menunaikan solat. Nasib baiklah isterinya ternampak kejadian tersebut. Maka dia menyelamatkan anaknya itu.
Seusai solat, Si isteri memberitahu kepada suaminya bahawa anak mereka hampir mati di belit ular. Si suami berkata bahawa beliau langsung tidak sedar akan kejadian itu..
Allah.. Betapa khusyuknya solat para sahabat Nabi SAW sehingga anaknya hampir mati dicekik ular pun tidak disedarinya.. Semoga Allah merahmati mereka..
Mari kita renungkan, bagaimana pula dengan solat kita sekarang?? Hendak menunaikan solat pun susah, apa lagi mahu khusyuk ketika solat. Oleh itu, marilah kita perbaiki diri kita supaya dapat menjadi hamba yang dikasihi Allah SWT..
Wallaualam.. Kalau ada yang salah, tolong betulkan.. Saya ni bukannya Ulama', tetapi sekadar ingin berkongsi dengan anda semua supaya kita dapat bersama - sama berubah kearah yang lebih baik..

Solatlah walau dimana kita berada

Isnin, 11 Februari 2013

Iktibar dari Perang Hunain

Semasa Perang Hunain,Rasulullah SAW memberikan para mualaf ( penduduk Mekah yang baru memeluk Islam) ghanimah (harta rampasan perang) dalam usaha mengikat hati mereka kepada Islam. Namun, tindakan Rasulullah SAW itu menimbulkan rasa berat dalam hati sebahagian daripada kaum Ansar. Setelah itu, Rasulullah SAW mengumpulkan kaum Ansar dan menyampaikan khutbah khusus,sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim (mafhumnya):

                          "Hai kaum Ansar, apakah kalian berasa hina tidak menerima sejempu t'sampah' keduniaan yang tiada ertinya? Dengan 'sampah' itu,aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja masuk Islam,sedangkan kalian telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kalian tidak puas melihat orang lain pulang membawa kambing dan unta,sedangkan kalian pulang membawa Rasul Allah? Demi Allah, apa yang kalian bawa pulang lebih baik daripada apa yang mereka bawa. Demi Allah,yang nyawa Muhammad berada di tangan-Nya, kalau bukan kerana hijrah nescaya aku menjadi salah seorang daripada Ansar. Seandainya orang lain berjalan di lereng gunung yang lain,aku pasti turut berjalan di lereng gunung yang ditempuh oleh kaum Ansar.Sesungguhnya kalian akan menghadapi dikriminasi sepeninggalanku, maka bersabarlah hingga kalian berjumpa denganku di telaga (syurga). Ya Allah,limpahkan rahmat-Mu kepada kaum ansar, dan kepada cucu kaum Ansar!!"

Mendengarkan ucapan Rasulullah SAW itu, kaum Ansar berasa sebak sehinng menitislah air mata membasahi janggut-janggut mereka.Lantas mereka berkata," kami rela mendapatkan Allah dan rasulnya sebagai pembahagian daripada usaha kami".

Demikianlah upaya Nabi Muhammad SAW dalam mempertahankan keutuhan jemaah Islam yang tergoncang akibat godaan dunia.Baginda SAW mengingatkan kembali kepada mereka akan kepentingan ikhlas dalam dakwah.Kemenanganboleh membawa kepada rasa kenikmatan yang melenakan. Oleh itu, marilah jernihkan hati kita dengan kleikhlasa agar tidak terleka dengan kemengan yang diperolehi.

Sabtu, 9 Februari 2013

Bersedekah Amalan Mulia


Sesungguhnya bersedekah ada banyak faedah. Oleh itu, marilah kita mengeluarkan sedikit harta kita untuk bersedekah. Nabi SAW pernah memberi jaminan bahawa tidak akan kurang harta orang yang mengeluarkan sedekah.
Dengan bersedekah, orang yang susah dapat merasai nikmat sama seperti orang yang lain. Selain itu, dengan sedekah juga dapat mengeratkan hubungan sillaturahim. Oleh itu, janganlah kamu merasa susah hati untuk mengeluarkan sedekah.
Ada beberapa hadis Nabi SAW yang berkaitan tentang fadhilat bersedekah..


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Pada setiap waktu pagi dan petang, dua malaikat akan turun kepada seorang hamba lalu salah satu daripada malaikat itu berkata:
‘Ya Allah! Berikanlah orang yang mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian. ‘Kemudian berkata malaikat yang lain: ‘Ya Allah! Berilah kepada orang yang menahan diri daripada mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pernah satu ketika, 
Ada seorang sahabat Nabi SAW yang suka meminta. Satu hari, beliau meminta sesuatu dari Rasulullah SAW dan Baginda memberikannya. Pada lain hari pula, beliau datang meminta lagi daripada Nabi SAW dan Nabi SAW memberikannya barang yang di minta. Kali ketiga beliau meminta, Nabi SAW memberikannya dan bersabda....
"Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan.Tangan yang di atas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).”
(Hadis riwayat Muslim)
Sejak hari itu, sahabat ini tidak pernah meminta dan selalu bersedekah. Selepas kewafatan Nabi SAW, khalifah pada masa itu ingin memberi harta zakat kepada sahabat itu. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu menerimanya dan memberitahu tentang hadis tadi..
Daripada kisah diatas, marilah kita mengambil pengajaran.. janganlah kita suka meminta - minta dan banyakanlah bersedekah..
InsyaAllah harta kita tidak akan berkurang malah akan bertambah lagi..
Wallahu'alam

Jumaat, 8 Februari 2013

Qasidah Ya Imama Rusli Ya Sanadi

Salah satu qasidah yang akan di lagukan bersama - sama pelajar mozac setiap hari selasa malam rabu..


Umar al-Khattab Vs Jin


"Zaman Sahabat dahulu ranking terhebat penggusti di Madinah jatuh kepada Rasulullah S.A.W, diikuti Khalid al Walid dan Saidina Umar. Mereka inilah panglima perang yang hebat bertempur di medan perang demi menegakkan Islam di muka bumi ini."


Oklah, kali saya bebesar hati ingin menceritakan suatu kisah pada zaman sahabat dahulu. Cerita ini diolah sedikit. Saya mula mendengar cerita ini pun daripada adik saya, kemudian barulah mencari sumbernya.
Suatu ketika dahulu di kota Madinah diadakan pertandingan gusti. Kita sedia maklum bahawa jaguh gusti ketika itu semestinya Rasulullah, Khalid al Walid, Saidina Umar, Amru al Ash. Tetapi kali ini hanya Saidina Umar sahaja yang ambil bahagian. Saidina Umar sepatutnya boleh menang dengan mudah tetapi lawannya kali ini sangat hebat. Bukan dalam kalangan sahabat, tetapi.....
Perlawanan bermula, seperti biasa Saidina Umar yang sememangnya handal bergusti sudah tentu menang perlawanan demi perlawanan dan masuk ke peringkat akhir. Almaklumlah, Khalid al Walid tak masuk. Jika tidak, meranalah Saidina Umar.
Tiba-tiba Saidina Umar melihat seorang penggusti tercampak jauh daripada gelanggang. Dia mula berasa hairan dengan kekuatan seorang pemuda ini. Dia mampu menewaskan musuh dengan mudah, sekali libas sahaja.
Sampailah giliran Saidina Umar melawan pemuda itu. Mereka bertemu di pusingan akhir. Saidina Umar menyerang, tetapi serangannya begitu senang dipatahkan. Saidina Umar hampir tercampak dek serangan musuhnya yang terlampau hebat.Dia hampir kalah.
Saidina Umar mula berikhtiar, mencari cara untuk mengalahkan lawannya. Saidina Umar tidak mahu kenangan pahit ketika kalah kepada Khalid al Walid sewaktu mereka kecil dahulu berulang.
Kemudian dia sedar akan sesuatu. Saidina Umar mula mengatur serangan. Dia melompat ke arah pemuda gagah itu. Setelah dua minit bergelut, pemuda gagah itu serta merta rebah. Saidina Umar berjaya mengalahkan pemuda itu.
Setelah upacara penyampaian hadiah berakhir, Pemuda itu datang kepada Saidina Umar. Pemuda itu berkata,
"Kau main tipu, mana adil.."
Saidina Umar tergelak kecil,
"Mana ada tipu, adilllah itu."
Pemuda itu berkata pula,
"Kau baca ayat Qursi, memanglah aku kalah."
Pemuda itu sebenarnya adalah jin. Jin yang menyamar jadi manusia. Kesimpulannya, jin ini lemah dengan ayat Qursi jadi amalkanlah ya untuk mengelakkan gangguan jin ini. InsyaAllah..
Al Tabrani dan Abu Naim menjelaskan di dalam kitabnya al Dalail riwayat daripada Ibnu Mas'ud,
Seorang lelaki keluar kemudian bertemu dengan jin, tiba-tiba jin itu berkata, "Apakah engkau boleh berlawan denganku? Kalau boleh mengalahkan aku, akan ku ajarkan satu ayat kalau dibawa ketika engkau masuk ke dalam rumah dan syaitan tidak akan masuk".Maka berlawanlah mereka berdua.Akhirnya jin itu dapat dikalahkan.Maka jin itu berkata,"Engkau baca ayat al-Kursi, kerana kalau dibaca syaitan akan keluar daripada rumah itu." Ditanya orang siapakah gerangan orang itu? Siapa lagi kalau bukan Saidina Umar al Khattab.

Kelebihan Selawat keatas Nabi SAW


Kelebihan Selawat keatas Nabi SAW
Di hadapan Kaabah, ada seorang budak dengan seorang Pak Cik. Si Pak Cik ni seibuk beribadat dengan membaca al-Quran, berzikir, bertahmid, bertasbih dan banyak lagi zikir. Lepas penat baca Quran, dia zikir. Lepas penat zikir pertama, dia zikir lain pulak.. 


Lama jugak lah diorang duduk kat depan Kaabah tu. Si Pak Cik dah banyak zikir yang dia baca. Pastu dia heran ngan budak yang duduk sebelah dia ni. Dia pun tanya lah kat budak tu..

Pak Cik : Kenapa adik asyik berselawat je dari tadi?? Bukan ke banyak lagi zikir lain??

Budak tu pun jawab...

"Ayah saya dah meninggal dunia. Ayah saya meninggal dunia di hadapan mata saya. Lepas je ayah saya meninggal, wajah dia berubah jadi warna hitam. Saya pun menangis tak henti - henti. Bila saya penat saya pun tertidur."

"Semasa saya sedang tidur saya bermimpi. Ada seorang lelaki yang sangat tampan. Bajunya putih bercahaya. Serbannya juga putih bercahaya. Dia datang ke ayah saya lalu menyapu wajah ayah saya. Bila dia sapu je wajah ayah saya, wajah ayah saya yang hitam tadi terus berubah menjadi putih"

Saya bertanya kepada lelaki itu, "Kamu ni siapa?". 

Lelaki itu menjawab, "Tidakkah engkau mengenali aku?".

"Tidak," jawab saya.

"Aku adalah Muhammad Rasulullah SAW. Disebabkan ayah kamu ni pernah berselawat ke atasku, maka dia layak mendapat syafaatku." jawab lelaki tadi.

Budak tadi berkata kepada Pak Cik tadi, "Sejak hari itu, mulut saya tidak pernah berhenti berselawat keatas Nabi SAW kerana saya ingin mendapat syafaat daripada Baginda SAW".

Allahu Rabbi, betapa besarnya kelebihan berselawat keatas Rasulullah SAW, hinggakan apabila kita selawat sekali keatas Baginda SAW, Allah akan berselawat sebanyak 10 kali keatas kita, kita juga dengan mudah dapat masuk kesyurga Allah Taa'la dengan mendapat syafaat dari Baginda Nabi Muhammad SAW... Allahu Rabbi.. 

Oleh itu, marilah kita berselawat keatas Nabi SAW...

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Saidina Muhammad

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Saidina Muhammad

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Saidina Muhammad

insyaAllah mendapat Syafaat dari Nabi SAW..

- Kuliah Ustaz Don Daniyal - Masjid al-hasanah, Bangi -

Imam Bukhari diuji Kehebatannya


Semua orang tahu, Imam Bukhari terkenal dengan hadith - hadithnya yang sahih. Walaupun beitu, ada juga orang sekarang yang mempertikaikan hadith - hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Terdapat suatu kisah, 10 orang ulama' Baghdad yang ingin menguji kehebatan Imam Bukhari..
 Suatu hari, Imam Bukhari datang ke Baghdad. beliau disambut dengan begitu meriah sekali. Kemudian, beliau dibawa berjumpa dengan 10 orang ulama'. Mereka ingin menguji kehebatan Imam Bukhari dengan memberikan hadith - hadith yang diubah sanad dan matannya. Setiap seorang dari mereka memberikan 10 hadith. Jadi semua sekali berjumlah 100 hadith.
Ulama' yang pertama menanyakan hadithnya. Imam Bukhari menjawab, " Aku tak biasa dengar hadith ni". Begitulah jawapannya bagi semua hadith yang diberikan oleh 10 orang Ulama' itu. Orang - orang awam yang sedang memerhati menjadi keliru. Betulkah Imam Bukhari ni hebat dalam bidang hadith? 
Setelah selesai 100 buah hadith ditanyakan, Imam Bukhari menjawab kembali hadith yang diberikan oleh ulama' - ulama' itu. Dia jumpa dengan ulama' yang pertama. 
Beliau berkata, " hadith sebenar yang kamu ingin baca ialah ini, ini, ini ,ini". (maaf penulis tidak tahu apa hadith yang sebenar yang mereka bagi dan yang dijawab oleh Imam Bukhari)..
Ulama pertama tadi menjawab, "Benar!" 
Kemudian Imam Bukhari membetulkan kembali semua hadith yang diubah oleh ulama - ulama itu. Dan semua jawapannya ialah betul. Kemudian barulah semua Ulama dan orang awam yang ada disekelilingnya mengakui kehebatan Imam Bukhari.
Sedangkan ulama - ulama zaman dahulu sudah mengakui kehebatan Imam Bukhari, siapalah kita yang cetek ilmunya ingin mempertikaikan hadith - hadith yang dibawa oleh Imam Bukhari..
Sumber cerita (30 minit Ustaz Don)
(kalau penulis tersalah cerita tolong betulkan ya)

....


I made this widget at MyFlashFetish.com.