Saya pernah disoal oleh pelajar ketika saya bercerita kepada mereka bagaimana mencapai solat yang khusyuk. Mereka ingin tahu bagaimana cara saya mencapai khusyuk di dalam solat. Saya kongsikan jawapan saya kepada mereka dengan saudara semua di sini. Seringkali khusyuk di dalam solat ini dikaitkan dengan kisah Saidina Ali r.a ketika beliau terkena anak panah musuh. Beliau diriwayatkan mendirikan solat sunat dan ketika itulah anak panah tersebut dicabutkan dari kaki beliau tanpa ada rasa sakit sedikit pun. Khusyuk inilah yang kita jadikan panduan untuk kita capai hingga ke hari ini. Namun kita jarang membaca kisah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w melakukan solatnya.
Baginda sudah pasti adalah manusia yang paling khusyuk solatnya.
1. Ketika Nabi sedang menjadi imam solat, tiba-tiba baginda terdengar anak kecil menangis. Baginda mempercepatkan solatnya kerana bimbang terjadi sesuatu dengan anak itu.
2. Ketika sedang solat, Nabi melihat ada binatang berbisa yang menghampiri tempat solat baginda. Baginda menghentikan solat dan mengusir binatang berbisa tersebut dan kemudian mendirikan semula solat.
3. Pada suatu ketika, setelah selesai solat berjemaah, Nabi tidak berdoa sebagaimana biasanya, tetapi segera bergegas pulang. Ketika kembali ke masjid, baginda ditanya oleh sahabatnya mengapa baginda bergegas pulang. Baginda menjawab bahawa ketika solat, beliau ingat ada sedekah yang belum diberikan. Kerana itu beliau segera pulang dan memberikan sedekah yang telah dibahagikan itu.
Banyak lagi kisah solat Nabi yang diriwayatkan. Adakah semua ini menunjukkan Nabi tidak khusyuk di dalam solat? Nabi khusyuk di dalam solat. Namun Nabi juga peka dengan keadaan sekelilingnya. Firman Allah S.W.T: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." (Surah Al-Baqarah:45-46)
Dari kedua ayat di atas dapat disimpulkan khusyuk sebenarnya bukanlah fokus atau konsentrasi menjadi perkara utama tetapi khusyuk itu adalah keyakinan dan kesedaran bahawa kita sedang menghadap Allah (“Living at the Present”). Di sinilah dua perkara utama akan wujud iaitu Ketuhanan dan Kehambaan. Apabila keyakinan ini dirasai, maka pastinya fokus, konsentrasi dan keasyikan itu hadir dengan sendiri. Saya beri jawapan kepada pelajar saya.
Saya mulakan khusyuk ketika hendak pergi mengambil wuduk. Saya sedar (living at the present) yang saya ingin mendirikan solat. Ketika wuduk, setiap kali anggota wuduk disapukan dengan air, saya akan berkomunikasi dengan Allah meminta doa. Ketika saya solat, sebelum saya membaca bacaan-bacaan dalam solat, saya pastikan diri saya benar-benar merasai yang saya sedang menghadap Allah. Benar-benar merasai keberadaan Allah yang sangat hampir dengan saya. Saya merasakan diri saya ini sangat kecil, hina, tidak ada apa-apa dan saya merasakan bahawa Allahlah satu-satunya tempat saya berharap, Maha Berkuasa dan sebagainya sehingga jiwa/hati saya ini terasa tertunduk malu, takut, berharap kemaafan, mengharapkan cintaNya dan sebagainya.
Jika saya teringatkan hal lain, saya komunikasi dengan Allah hal tersebut sambil berdoa agar hilangkan hal tersebut dalam fikiran saya. Sebagai contoh, Sebelum saya membaca Al-Fatihah, saya pastikan jiwa saya benar-benar tunduk pada Allah. Kemudian saya akan baca setiap ayat di dalam Al-Fatihah satu persatu dengan sabar. Biarlah apa jua keadaan seperti saya kesuntukan masa sebagai contoh untuk hadir ke mesyuarat atau ke kelas atau pun hal lain, saya akan bersolat dengan tertib satu persatu. Jika cepat hadirnya rasa tunduk pada Allah itu, maka cepatlah solat saya. Sebenarnya saya cuba mempraktikkan thuma’ninah di dalam solat. Setiap gerakan dan bacaan itu di baca satu persatu di samping saya merasakan kehadiran Allah S.W.T walaupun hakikatnya Allah S.W.T sentiasa berada dekat dengan saya. Gerakan dari satu rukun ke rukun yang seterusnya dilakukan dengan berhati-hati. Tidak perlu terburu-buru. Kita sentiasa sedar dengan apa yang kita lakukan. Kita berada dalam keadaan “living at the present”. Ketika rukuk, saya tidak terburu-buru membaca, tetapi saya tundukkan dulu fikiran saya, jiwa/hati saya kepada Allah S.W.T. Kemudian setelah semua terasa tunduk, barulah saya memuji Allah - subhaana rabbial azimi wa bihamdih. Begitu juga dengan sujud dan lain-lain.
Saya mempraktikkan komunikasi dengan Allah untuk merasai jiwa/hati ini tunduk pada Allah. Untuk merasai ketuhanan Allah dan kehambaan diri saya. Jika ini dilakukan pasti solat yang dilakukan akan mengambil masa 15-20 minit tanpa kita sedar. Kita juga tidak sedar mengalirkan air mata ketika melakukan solat ketika merasai ketuhanan Allah dan kehambaan diri kita. Selalulah berkomunikasi dengan Allah seperti yang saya sering sarankan di dalam artikel di laman web ini. Apabila kita sudah biasa berkomunikasi dengan Allah, pasti khusyuk di dalam solat tidak lagi menjadi satu perkara yang sukar untuk kita peroleh kerana di dalam kerja pun kita juga khusyuk merasakan kehadiran Allah S.W.T.
Komunikasi dengan Allah S.W.T mampu membawa kita merasai kehadiran Allah S.W.T. Kita merasakan ketuhanan Allah S.W.T dengan perasaan jiwa kehambaan yang benar-benar pasrah, berharap dan yakin hanya 100% pada Allah. Firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)." (Surah An-Nisaa’:142)
Khusyuk itu bukan sesuatu yang direka. Kita hanya perlu mendapatkan dan merasai rasa khusyuk. Bukan menciptakan rasa khusyuk. Apakah khusyuk? Khusyuk bermakna asyik. Apabila saudara berada di dalam keadaan keasyikan, pasti saudara tidak akan mengingati yang lain melainkan sesuatu yang mengasyikkan saudara itu sahaja. Keasyikan memberikan pengaruh yang besar di dalam diri kita. Kita lebih mudah mengingati dan mengikut perkara yang mengasyikkan diri kita. Ketika saudara berada dalam keadaan keasyikan menonton TV, saudara juga berada di dalam keadaan khusyuk. Jika rancangan TV yang kita tonton membuatkan kita asyik, pasti pengaruhnya kepada diri kita adalah tinggi. Kita sentiasa ingat rancangan atau cerita TV itu sahaja. Tidak hairan bagaimana kanak-kanak lagi mudah terpengaruh. Keasyikan atau khusyuk menjadikan fikiran kita berada di tahap alpha di mana proses berfikir perkara yang lain selain sesuatu yang mengasyikkan menjadi kurang. Sedang kita menonton rancangan yang mengasyikkan, bukankah kita akan terlupa perkara-perkara yang lain selain daripada rancangan yang mengasyikkan itu sahaja? Apakah khusyuk dalam solat? Solat mempunyai 2 perkara utama iaitu ketuhanan dan kehambaan. Apabila kita khusyuk di dalam solat, kita mestilah berada di dalam keadaan yang kita SEDAR diri kita sedang mendirikan solat. Kita mesti berada di dalam ‘living at the present’. Kita mesti merasai 2 perkara utama yang dikatakan iaitu Allah itu Tuhan dan diri kita ini hambaNya. Mesti ada perasaan cinta pada Allah, merayu, memohon, menyesali dosa, mengharap dan sebagainya. Kita memahami sepenuhnya dengan penuh kejiwaan setiap apa yang kita lafazkan di dalam solat. Kita merasai keberadaan Allah S.W.T sangat hampir dengan diri kita walaupun hakikatnya memang Allah S.W.T berada sangat hampir dengan kita. Bagaimana solat dapat menguatkan jiwa? Apabila kita berada dalam keadaan asyik atau khusyuk di dalam solat, kita tidak akan mengingati perkara yang lain selain solat. Maka nafsu akan menjadi lemah kerana tidak banyak perkara yang kita fikirkan. Nafsu tidak mampu mempengaruhi fikiran. Lalu jiwa yang sentisa mengajak kepada sifat-sifat Allah akan dapat menguasai fikiran hasil daripada kelemahan nafsu. Inilah yang dikatakan jiwa menjadi kuat iaitu jiwa yang kuat adalah jiwa yang dapat menguasai fikiran bukan nafsu yang menguasai fikiran. Jiwa juga bertambah kuat kerana di dalam solat terdapat 2 perkara utama tadi iaitu ketuhanan dan kehambaan. Dengan 2 perkara ini, kita merasakan penyerahan 100% hidup kita ini kepada tidak ada yang lain melainkan Allah S.W.T . Jiwa/hati menjadi tenang, bahagia dan sejahtera apabila kita dapat meluahkan segala-galanya pada Allah S.W.T ketika kita bersolat. Kita merasakan semua masalah kita adalah cuma ilusi fikiran dan hanya Allah S.W.T yang dapat menyelesaikan masalah kita. Selain itu, solat juga menambahkan lagi rasa cinta kita pada Allah S.W.T dengan puji-pujian yang kita berikan pada Allah S.W.T dengan penuh kejiwaan dan keikhlasan. Rasa cinta ini hanya akan wujud jika kita solat dalam keadaan khusyuk. Bagaimana mencapai khusyuk dalam solat? Setelah kita memahami khusyuk itu bermaksud asyik dan
caranya adalah mengurangkan proses berfikir dengan berada di dalam keadaan ‘living at the present’ maka sudah pasti kita tahu bagaimana untuk mencapai khusyuk di dalam solat. Saya tidak menulis dengan teperinci di sini kerana penjelasannya agak panjang. Tetapi saya menulis secara asasnya sahaja. Berbalik kepada konsep ‘living at the present’ atau berada di dalam keadaan sekarang atau NOW, kita boleh mempraktikkannya di luar solat. Untuk menjiwai apa yang kita baca di dalam solat, kita perlu memahami setiap makna bacaan di dalam solat. Memahami tidak sama dengan sekadar menghafal. Memahami adalah menjiwai. Seperti contoh, apabila kita melafazkan “Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam” mestilah turut benar-benar merasai Allah S.W.T Maha Hebat yang memiliki seluruh alam ini. Ia berlaku dengan spontan seperti kita menyebut “thank you” pada kawan kita. Kita tidak perlu mengingati thank you itu bermakna terima kasih ketika kita melafazkannya tetapi kita merasakan perasaan terima kasih itu apabila kita menyebut “thank you” tanpa perlu memikirkan makna thank you tersebut. Maka ia sama ketika kita melafazkan ayat-ayat di dalam solat. Ketika kita melafazkannya dengan perlahan, secara sendirinya kita merasakan makna ayat tersebut. Dengan menjiwai bacaan solat, barulah kita dapat merasakan kita berada di dalam keadaan ‘living at the present’ ketika solat. Kita sedar kita sedang mendirikan solat dan kita merasakan kehadiran Allah yang sangat hampir dengan kita. Selain itu adalah makruh hukumnya jika kita memejamkan mata. Ini kerana memejamkan mata akan membuatkan kita lebih mudah berada di luar “living at the present”. Kita lebih banyak memikirkan hal-hal yang lain yang membuatkan solat kita tidak khusyuk. Maka bukalah mata ketika mendirikan solat tetapi memandang kepada satu arah sahaja. Khusyuk di dalam solat juga boleh diperolehi dengan cara berkomunikasi dengan Allah. Apabila kita rukuk dan sujud, banyakkan lagi berkomunikasi dengan Allah. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” Rujukan: http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #738. “Living at the present” juga boleh dipraktikkan di luar solat. Ketika kita melakukan kerja, banyakkan komunikasi dengan Allah berkenaan dengan apa yang kita lakukan, fikirkan, dengar, lihat dan sebagainya. Dengan cara ini kita dapat memberikan fokus sepenuhnya ke atas kerja yang sedang kita
lakukan. Jika kita sentiasa komunikasi dengan Allah, ia akan menjadi satu perkara yang biasa kita lakukan dan pasti amat mudah kita lakukan di dalam solat. Mudah-mudahan saudara semua mendapat perubahan ke arah kebaikan dengan mendirikan solat. Solat yang berkualiti dapat diukur berdasarkan sikap kita kerana jika kita mendirikan solat dengan berkualiti iaitu khusyuk di dalam solat, pasti perubahan besar akan berlaku ke atas diri kita. Kita tidak lagi sombong, ego, bercakap besar, merasa diri ini hebat, takabbur, suka mengumpat, rasa megah diri, banyak keinginan duniawi dan sebagainya. Jika ini masih ada di dalam diri kita, ketahuilah bahawa solat kita belum sempurna. Wallahua'lam.
TOP
Khusyuk Solat (1)
Posted by Muhammad Bin Abdullah Sunday, June 27, 2010 comments (0)
Solat merupakan ibadah yang penting kerana solat ini akan mempengaruhi tingkah laku seseorang mukmin. Solat juga menjadi ibadah utama yang akan dinilai oleh Allah S.W.T di padang mahsyar nanti.
Sebelum mengetahui bagaimana mencapai khusyuk dalam solat, seharusnya kita memahami
Apakah makna solat?
Mengapa Islam mementingkan solat?
Bagaimana solat mampu mengubah sikap atau perilaku seseorang mukmin?
Apakah khusyuk?
Dan barulah kita akan membincangkan bagaimana mencapai tahap khusyuk?
Apakah Solat?
Masalah kita di dalam khusyuk ini adalah kerana kita tidak pernah mengambil tahu apakah sebenarnya solat itu. Mengapa Islam mengambil berat tentang solat? Adakah ia sekadar hanya kaedah untuk Allah menilai manusia samada baik atau tidak? Adakah ia hanya satu ujian untuk kita membuktikan yang kita ini taat pada perintah Allah?
Solat adalah satu ibadah yang mengandungi dua perkara iaitu ketuhanan dan kehambaan. Ibadah solat ini seharusnya memberikan perasaan ke dalam diri jiwa mukmin itu rasa ketuhanan Allah S.W.T dan rasa kehambaan diri manusia itu. Jika ini tidak dirasai, maka gagallah ibadah solat ini.
Solat juga merupakan satu meditasi teragung untuk umat manusia. Meditasi atau tafakkur adalah kaedah untuk memantapkan jiwa. Semasa meditasi kita sebenarnya merendahkan gelombang fikiran sehingga tahap seminimum mungkin. Ia bermakna kita mengurangkan proses berfikir. Ia bertujuan untuk memberi ketenangan kepada kita di samping memantapkan jiwa dan melemahkan nafsu.
Bagaimana mengurangkan proses berfikir dapat melemahkan nafsu?
Sesuai dengan sifat Nafsu, ia akan sentiasa mempengaruhi akal fikiran untuk melakukan kejahatan. Maka dengan cara merendahkan fikiran, nafsu gagal mempengaruhi fikiran.
Merendahkan fikiran atau mengurangkan proses berfikir berlaku ketika KHUSYUK.
Apabila khusyuk di dalam solat, kita hanya memikirkan hanya Allah S.W.T. Kita hanya memikirkan dua perkara iaitu ketuhanan Allah S.W.T dan kehambaan kita kepada Allah S.W.T.
***
Segala tingkah laku kita ini dikawal oleh fikiran. Dengan kata lain, jasad kita ini dikawal oleh fikiran. Sebab itu di dalam keadaan yang banyak berfikir, nafsu amat mudah mengawal fikiran sesuai dengan keinginan nafsu yang pelbagai.
Fikiran pula mempunyai kelemahan kerana semua informasi yang diterima oleh fikiran ini berlaku pemesongan (distortion) dan mungkin ada yang terpadam (deletion) akibat dari penapis luaran dan dalaman. Maka keupayaan kita untuk mengetahui Realiti sebenar terbatas.
Contohnya, jika saudara melihat makanan yang dihias cantik, saudara mungkin berasa ingin makan makanan tersebut. Tetapi sesudah merasa makanan tersebut, barulah saudara tahu makanan itu tidak sedap seperti yang disangka.
Lihatlah kelemahan fikiran pada peringkat awal tadi iaitu tidak mengetahui realiti sebenar makanan itu tidak sedap. Kelakukan kita memakan makanan tadi hanyalah kerana keinginan yang dilahirkan oleh nafsu lalu fikiran yang lemah menilai realiti sebenar hanya mengikuti sahaja.
Sebab itu kita perlu banyak ilmu di dalam hidup ini. Ilmu yang banyak akan dapat menilai baik buruk sesuatu keinginan yang dilahirkan oleh nafsu.
***
Nafsu pula sentiasa membawa manusia ke arah kejahatan. Tidak ada nafsu baik sebenarnya.
“Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Yusuf: 53)
Tingkatan nafsu yang banyak diperkatakan adalah sebenarnya merujuk kepada keupayaan nafsu mempengaruhi fikiran. Bukan terdapatnya nafsu baik. Mereka yang mempunyai jiwa yang kuat dan rahmat oleh Allah adalah mereka yang terselamat daripada hasutan nafsu. Sekali lagi bukan kerana mereka mempunyai nafsu yang baik kerana nafsu ini bersifat jahat.
Sebagai contoh, nafsu amarah. Nafsu amarah adalah tingkatan nafsu ketika nafsu mampu mempengaruhi akal fikiran keseluruhannya. Jasad ini seolah-olah telah dikawal oleh fikiran yang telah dipengaruhi nafsu.
Begitu juga dengan tingkatan nafsu yang lain. Nafsu tetap jahat. Cuma sejauh mana ia dapat mempengaruhi fikiran itulah merupakan tingkatan nafsu yang selalu dibincangkan.
***
Apabila kita melakukan solat (taffakur) kita dapat mengurangkan fikiran dan secara langsung nafsu gagal mempengaruhi diri kita (jasad). Ingat, diri kita dikawal oleh fikiran.
Apabila kita kurang berfikir, bermakna nafsu gagal mengarahkan jasad melakukan keburukan atau kejahatan.
Ringkasnya: Jasad di kawal oleh fikiran. Semasa solat fikiran kurang kerana kita hanya ingat Allah SWT (khusyuk). Nafsu hanya mempunyai sedikit fikiran yang boleh digunakan untuk mengawal jasad. Maka nafsu gagal untuk menyuruh manusia membuat kejahatan. Inilah dikenali sebagai nafsu yang telah dididik.
Sebenarnya nafsu yang dididik adalah nafsu yang telah lemah. Tapi ia masih jahat. Bukan nafsu yang dididik menjadi nafsu baik. Ia telah lemah sahaja.
Sebolehnya kita ingin membuang terus fikiran atau dengan nama lain mengosongkan fikiran dan secara langsung membuang terus nafsu. TETAPI mana mungkin kita dapat mengosongkan fikiran kerana kita WAJIB mengingati Allah sepanjang masa.
Nafsu juga diperlukan kerana kita perlu ada keinginan untuk makan minum, melakukan sesuatu dan pelbagai lagi. Apa yang kita boleh lakukan adalah sekadar mengurangkan
proses berfikir dan secara tak langsung nafsu akan menjadi lemah. Barulah keinginan kita boleh dikawal atau dengan nama lain kita mampu mengawal nafsu.
Sabtu, 30 Oktober 2010
Sabtu, 9 Oktober 2010
Apabila Muslimah Terjerit-Jerit Semasa Konsert Maher Zain
Melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja sambil melompat-lompat semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatuyang tidak pelik.
Muziknya menyebabkan kita terasa nak melompat dan menggerakkan kepala.
Namun, bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?
Rasanya tiada pun lagu Maher Zain yang rancak seperti lagu-lagu XPDC atau Soutul Harakah?
Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku, namun itulah yang terjadi semasa konsert Maher Zain di Gombak baru-baru ini.
Dimanakah malu seorang muslimah?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" - Riwayat Bukhari dan Muslim
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."
Mengapa kita tidak menangis mendengar lagu yang menyentuh emosi?
Sedangkan ia lebih baik andai lagu-lagu Maher Zain mampu menginsafkan diri.
Adakah dengan mendengar lagu Maher Zain, iman kita bertambah dan taqwa semakn utuh? Atau kita hanya leka dengan muziknya?
Wahai muslimah,
Peliharalah akhlakmu. Jangan terlalu 'excited' dengan artis yang disayangi sehingga melupakan akhlak.
Para sahabat nabi pernah bertanya: "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?" Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." - Riwayat al-Thabarani
Muziknya menyebabkan kita terasa nak melompat dan menggerakkan kepala.
Namun, bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?
Rasanya tiada pun lagu Maher Zain yang rancak seperti lagu-lagu XPDC atau Soutul Harakah?
Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku, namun itulah yang terjadi semasa konsert Maher Zain di Gombak baru-baru ini.
Dimanakah malu seorang muslimah?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" - Riwayat Bukhari dan Muslim
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."
Mengapa kita tidak menangis mendengar lagu yang menyentuh emosi?
Sedangkan ia lebih baik andai lagu-lagu Maher Zain mampu menginsafkan diri.
Adakah dengan mendengar lagu Maher Zain, iman kita bertambah dan taqwa semakn utuh? Atau kita hanya leka dengan muziknya?
Wahai muslimah,
Peliharalah akhlakmu. Jangan terlalu 'excited' dengan artis yang disayangi sehingga melupakan akhlak.
Para sahabat nabi pernah bertanya: "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?" Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." - Riwayat al-Thabarani
Kerana Rakan, Diri Terjebak Dengan Zina
Kisah di bawah merupakan kisah benar yang kami peroleh hasil temuramah bersama penghuni salah sebuah rumah perlindungan wanita Raudhatus Sakinah. Temuramah ini dibuat sempena lawatan iLuvislam.com ke sana.
Siti (bukan nama sebenar) sudah pun bekerja di sebuah syarikat dalam bahagian pemasaran. Beliau memiliki diploma dari sebuah universiti tempatan.
Siti hanya pergi kerja pada waktu pagi dan pulang pada waktu tengah malam. Itulah sahaja aktiviti beliau seharian tanpa memikirkan pasal orang lain sehingga beliau mengetahui salah seorang kawan telah mempunyai teman lelaki. Beliau rasa amat iri hati dengan kawannya. Faktor kawan menyebabkan Siti terpedaya dengan fitnah dunia.
Peristiwa malang bermula apabila dia bertemu dengan seorang pelanggan lelaki iaitu Ali (bukan nama sebenar). Setelah pertemuan itu, Ali sentiasa bertanya khabar, menelefon dan berSMS dengan Siti. Hal ini menyebabkan Siti jatuh hati kepadanya.
Hidup Siti berubah selepas itu. Siti berkerja pada waktu siang, tetapi malamnya dihabiskan dengan keluar malam bersama Ali sehingga ditakdirkan beliau mengandung.
Pada ketika itu beliau berasa tidak tahu ingin membuat apa-apa. Ali berjanji untuk bertanggungjawab dengan perkara tersebut, namun hanya manis dengan kata-kata tetapi tidak indah dari tindakannya.
Akhirnya Siti ditinggalkan bersendirian dengan kandungannya sehinggalah dia dikenalkan dengan rumah perlindungan Raudhatus Sakinah.
Apabila ditanya tentang masa depannya, Siti berazam untuk menjadi seorang isteri solehah dan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
**********
Perkongsian pengalaman Siti menunjukkan bahawa pengaruh rakan amat penting. Andai kita berkawan rapat dengan orang-orang yang baik dan soleh, insyaAllah ia akan membantu kita untuk menjadi seorang yang baik.
Jika kita berkawan rapat dengan orang-orang berjaya, insyaAllah suatu hari nanti kita juga akan berjaya.
Selain itu, kita tidak boleh membiarkan masa lapang kita dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan." - Hassan Al-Basri
www.iluvislam.com
Siti (bukan nama sebenar) sudah pun bekerja di sebuah syarikat dalam bahagian pemasaran. Beliau memiliki diploma dari sebuah universiti tempatan.
Siti hanya pergi kerja pada waktu pagi dan pulang pada waktu tengah malam. Itulah sahaja aktiviti beliau seharian tanpa memikirkan pasal orang lain sehingga beliau mengetahui salah seorang kawan telah mempunyai teman lelaki. Beliau rasa amat iri hati dengan kawannya. Faktor kawan menyebabkan Siti terpedaya dengan fitnah dunia.
Peristiwa malang bermula apabila dia bertemu dengan seorang pelanggan lelaki iaitu Ali (bukan nama sebenar). Setelah pertemuan itu, Ali sentiasa bertanya khabar, menelefon dan berSMS dengan Siti. Hal ini menyebabkan Siti jatuh hati kepadanya.
Hidup Siti berubah selepas itu. Siti berkerja pada waktu siang, tetapi malamnya dihabiskan dengan keluar malam bersama Ali sehingga ditakdirkan beliau mengandung.
Pada ketika itu beliau berasa tidak tahu ingin membuat apa-apa. Ali berjanji untuk bertanggungjawab dengan perkara tersebut, namun hanya manis dengan kata-kata tetapi tidak indah dari tindakannya.
Akhirnya Siti ditinggalkan bersendirian dengan kandungannya sehinggalah dia dikenalkan dengan rumah perlindungan Raudhatus Sakinah.
Apabila ditanya tentang masa depannya, Siti berazam untuk menjadi seorang isteri solehah dan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
**********
Perkongsian pengalaman Siti menunjukkan bahawa pengaruh rakan amat penting. Andai kita berkawan rapat dengan orang-orang yang baik dan soleh, insyaAllah ia akan membantu kita untuk menjadi seorang yang baik.
Jika kita berkawan rapat dengan orang-orang berjaya, insyaAllah suatu hari nanti kita juga akan berjaya.
Selain itu, kita tidak boleh membiarkan masa lapang kita dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan." - Hassan Al-Basri
www.iluvislam.com
Langgan:
Catatan (Atom)