Rabu, 29 Disember 2010

Kepentingan Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah yang di baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari di dalam solat memiliki banyak keutamaan. Bagi setiap muslim semestinya mengetahui keutamaan ini agar benar-benar dapat merasai kehebatan Surah ini apabila membacanya samada di dalam ataupun di luar solat. Antara keutamaannya ialah:
Pertama: Solat tidak sah tanpa al-Fatihah. Sebagaimana tiang Agama adalah solat maka tiang solat adalah Surah al-Fatihah.
Kedua: Al-Fatihah adalah surah paling agung di dalam al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad (15670), al-Bukhari (4474), Abu Daud (1458), an-Nasaa-i (912), Ibnu Majah (3785) daripada Abu Sa’id al-Mu’alla RA katanya:
Aku pernah mengerjakan solat di Masjid, lalu Rasulullah SAW memanggilku tetapi aku tidak menjawabnya. Aku berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku tadi sedang solat. Baginda bersabda: Tidakkah Allah berfirman: “Sahutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu”(al-Anfaa-l:24). Kemudian Baginda SAW bersabda: Aku akan mengajarkan kepadamu satu surah yang mana ia merupakan surah paling agung di dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid. Kemudian Baginda SAW memegang tanganku, ketika Baginda hendak keluar aku berkata kepadanya: Tidakkah tadi engkau ada menyatakan akan mengajarkan kepadaku satu surah paling agung di dalam al-Quran? Baginda SAW bersabda: Al-hamdulillahi Rabbil ‘Aa-lamin (Surah al-Faa-tihah), ia adalah tujuh ayat yang di baca secara berulang (yakni pada setiap rakaat) dan al-Quran yang agung yang diberikan kepadaku.
Ketiga: Al-Fatihah berkedudukan tinggi sebagai ruqyah (jampi). Berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari (5736), Muslim (2201) daripada Abu Sa’id al-Khudri RA mengenai sekumpulan sahabat yang mendatangi satu kampung yang mana ketua kampung tersebut di sengat binatang berbisa. Lalu seorang sahabat (Abu Sa’id RA sendiri) menjampinya dengan al-Fatihah, kemudian sembuh ketua kampung tersebut.Subhanallah...
Kempat: Al-Fatihah adalah nur (cahaya) yang hanya diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, tidak kepada Nabi-nabi yang lain. Allah akan mengurniakan segala hal yang terkandung dalam makna Surah tersebut. Ini berdasarkan hadith riwayat Muslim (806) daripada Ibnu Abbas RA katanya:
Ketika Jibril duduk di sisi Nabi SAW tiba-tiba Ia mendengar bunyi seperti pintu yang di buka dari atas. Jibril mengangkat kepalanya dan berkata: Ini adalah pintu langit yang di buka pada hari ini, ia tidak pernah di buka sebelumnya kecuali pada hari ini. Kemudian turun malaikat dari langit, berkata Jibril: Ini adalah malaikat yang turun ke bumi,  sebelumnya ia tidak pernah turun kecuali pada hari ini. Malaikat tersebut mengucapkan salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua nur (cahaya) yang dikurniakan kepada mu, ia tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelum mu yaitu Fatihatul Kitab (Surah al-Fatihah) dan penutup Surah al-Baqarah (ayat 285 dan 286). Tidaklah kamu membaca satu huruf dari kedua-duanya kecuali pasti akan diberikan.
Wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

....


I made this widget at MyFlashFetish.com.