Seperti yang kita tahu, para sahabat Nabi SAW sangat khusyuk ketika solat. Ada yang mengatakan bahawa ketika mereka solat, segala apa yang berlaku disekeliling mereka tidak mereka sedari. Allahu Rabbi, betapa hebatnya iman para Sahabat Nabi SAW. Kali ini saya ingin berkongsi beberapa cerita tentang hebatnya solat sahabat Nabi SAW.
Pada suatu hari, kaki Saidina Umar al-Khattab telah dipanah. Para sahabat yang yang lain cuba untuk menarik keluar panah tersebut dari kaki Saidina Umar al-Khattab. Walaubagaimanapun, Saidina Umar berasa sakit ketika panah dikakinya cuba dicabut. Kemudian Saidina Umar al-Khattab berkata kepada sahabatnya supaya mencabut panah di kakinya ketika dia sedang solat.
Saidina Umar mula menunaikan solat. Ketika beliau sedang bersembahyang, panah yang berada di kakinya dicabut oleh orang yang ada dikelilingnya. Tiada sedikit pun reaksi daripada Saidina Umar ketika panah itu dicabut. Seusai Solat, Sadina Umar al-Khattab berasa sakit dikaki. Rupa - rupanya, baru dia tersedar yang panah dikakinya sudah dicabut..
Allahu Akbar... betapa hebatnya iman Saidina Umar al-Khattab, Khalifah kedua Umat Islam selepas kewafatan Nabi SAW.
Lagi satu cerita tentang seorang sahabat Nabi SAW juga.. Tapi saya lupa namanya..
Suatu ketika, seorang sahabat Nabi SAW sedang menunaikan solat sunat. Di samping beliau, ada anaknya yang masih kecil sedang bermain. Tiba - tiba, seekor ular telah membelit anaknya itu sehingga anak kecilnya itu hampir mati. Tiada sedikit reaksi pun daripada bapanya yang sedang menunaikan solat. Nasib baiklah isterinya ternampak kejadian tersebut. Maka dia menyelamatkan anaknya itu.
Seusai solat, Si isteri memberitahu kepada suaminya bahawa anak mereka hampir mati di belit ular. Si suami berkata bahawa beliau langsung tidak sedar akan kejadian itu..
Allah.. Betapa khusyuknya solat para sahabat Nabi SAW sehingga anaknya hampir mati dicekik ular pun tidak disedarinya.. Semoga Allah merahmati mereka..
Mari kita renungkan, bagaimana pula dengan solat kita sekarang?? Hendak menunaikan solat pun susah, apa lagi mahu khusyuk ketika solat. Oleh itu, marilah kita perbaiki diri kita supaya dapat menjadi hamba yang dikasihi Allah SWT..
Wallaualam.. Kalau ada yang salah, tolong betulkan.. Saya ni bukannya Ulama', tetapi sekadar ingin berkongsi dengan anda semua supaya kita dapat bersama - sama berubah kearah yang lebih baik..
Solatlah walau dimana kita berada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan