- Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
- Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
- Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha
- Melihat setiap gerak-geri kita
- Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
- Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
- Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
- Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih
- Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
- Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
- Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
- Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
- Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
- Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
- Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan
- Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih
Jumaat, 22 Mei 2009
Panduan Khusyuk Dalam Solat
Tanda-tanda Kecil Kiamat
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari 2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim 3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah 4) Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim 6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad 7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." 10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani 11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim 12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad 13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih MuslimHadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.-editor.
Nasib Pencacai Ashabul Ukhdud
Ustaz Hasrizal bin Jamil“Bawa budak itu ke puncak gunung. Tiba di sana, kamu ugut dia. Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya.Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting. Orang-orang suruhan raja yang zalim itu sudah bersedia untuk melaksanakan arahan.“Ya Allah, percukupkan aku daripada kejahatan mereka dengan apa-apa sahaja cara yang Engkau kehendaki!” doa si anak muda itu.Gunung bergegar.Lantai bumi bergoncang.Seluruh orang suruhan raja yang zalim itu jatuh dari puncak yang tinggi itu. Mati terbunuh dengan cara kerja Allah yang tidak mereka jangkakan.Budak muda yang beriman itu ada peluang untuk melarikan diri. Dia sendirian di puncak gunung, menyaksikan kejadian yang dahsyat itu. Tetapi perjuangannya belum selesai. Dia pulang ke istana, mencabar raja yang zalim itu. Ada seribu satu hikmah daripada pilihan budak muda itu.Setibanya dia di istana, raja amat terkejut.“Apa yang orang-orang kamu sudah buat!” herdik raja kepada budak itu.Orang kamu?Orang aku?Ada kekeliruan di situ!PENGAJARANCerita di atas adalah petikan daripada kisah anak muda dan Ashab al-Ukhdud di kota Najran. Ia dikisahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam Surah al-Buruj, dan diperincikan oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam di dalam sepotong hadith yang panjang di dalam Sahih Muslim.Kisah itu penuh iktibar.Tetapi salah satu kejutan besarnya ialah, tindak tanduk raja pemerintah yang zalim itu. Pelbagai pendedahan dilakukan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang isi perut dan benak hati raja yang zalim itu, agar kita meneladaninya sebagai petunjuk sepanjang zaman.Lucu sekali, raja itu ramai orang suruhannya. Diarahkan mereka agar mengheret budak itu ke puncak gunung dan kemudiannya ke tengah lautan untuk menghapuskan kebenaran. Tetapi tatkala orang-orang suruhannya gagal melaksanakan misi itu, sikap raja terhadap orang-orangnya terus berubah.Kata raja itu (seperti yang disebut di dalam hadith):“Apa yang orang-orang kamu telah buat?”Tidakkah ganjil, raja itu menisbahkan orang-orang suruhannya yang gagal itu kepada budak yang dimusuhinya?Demikianlah para Ulama’ menjelaskan, bahawa itu adalah sikap pemerintah yang zalim. Ketika dia mahu menggunakan orang-orangnya, pelbagai perkara dibuat untuk membina kesetiaan. Tetapi orang suruhan yang setia itu, tatkala khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi, dibuang begitu sahaja tanpa sebarang erti.Inilah pesanan Allah dan Rasul buat sekalian pencacai yang memperhambakan diri kepada manusia zalim dan kezalimannya, yang sanggup bermati-matian melaksanakan kerja-kerja kotor majikan yang menggajikannya dengan sekelumit habuan dunia, kalian hanyalah tebu-tebu yang habis madu sepah dibuang.Andai masih ada ruang dirimu diselamatkan…
Kesan Zikir Terhadap Otak
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Maksiat Di Depan Mata, Di Manakah Kita?
Hari ini, ketika ini, dan saat ini, ketika kemungkaran dan maksiat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dan ummat yang kita sayang, DIMANAKAH KITA?
Dimanakah kita yang mengatakan bahawa kita meletakkan
Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan,
Rasulullah sebagai model ikutan,
Allah sebagai tujuan dan
Jihad fi sabilillah sebagai penamat kehidupan??
Amatlah jelik sekali pada masa ini ketika ummat yang lantang berkata kononnya kita menegakkan negara Islam di kalangan pemimpin-pemimpin kita,mereka yang dengan lantang mengatakan kita ikut langkah Islam dalam negara ini, turut sama leka dalam jalan taghut.
Malah amat lagi menyedihkan bilamana maksiat itu dilihat sebagai perkara biasa yang normal untuk berlaku dimana-mana.
Saudara ku,Syaitan akan mengindahkan pandangan manusia ini atas maksiat yang kita lakukan.
Perhubungan tanpa batasan atas nama cinta sejati antara dua insan dipandang indah oleh masyarakat, dipandang cantik oleh sahabat handai malah dipopularkan oleh ramai dalam kalangan kita dan bahkan ia dipandang mulia.
Namun, perhubungan untuk membina baitul muslim secara baik dan suci tanpa ikatan dan perhubungan yang keji dipandang kolot dan ketinggalan zaman bahkan tidak lagi sesuai dengan zaman ini.
Pemuda-pemuda dan para pejuang yang membawakan dakwah Islamiyah, yang ingin meletakkan kefahaman yang betul kepada ummat dipandang sebagai orang penyibuk bahkan mungkin sekali akan dilabel sebagai ‘terrorist’, pengganas, malah dilabel juga sebagai ‘extremist’. Wujudkah ekstremist dalam beragama? Andai mereka yang mahu menegakkan perintah Allah, mendukung kebenaran serta menjalankan perintah Allah itu digelar ekstrem, bukanlah patut kita gelarkan mereka yang sengaja mahu melanggar perintah Allah juga sebagai ekstrem? ‘Ekstrem’ dalam melakukan kemungkaran. Tidak layakkah begitu?
Para pendokong yang ingin membawa semula ummat Islam kepada Islam dipandang sebagai lebai-lebai yang kuno,kolot dan ketinggalan zaman. Bahkan senang sekali dikatakan:
“Aku enjoy,enjoy gak. Ibadat,ibadat jugak”.
Maka adakah kehidupan kita ini membezakan kehidupan ini dengan Islam?
Bukankah sebagai muslim, kehidupan kita adalah Islam dan Islam itu adalah kehidupan. Bahkan untuk berseronok sakan pun bukankah lebih cantik dan lebih indah sekali kalau ianya selari dengan jalan Islam.
Tiada pergaulan tanpa batas. Tiada kelucahan. Bahkan da`wah juga dapat disampaikan melalui hiburan. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Tidak semestinya lagu nasyid sahaja perlu ada unsur da`wah. Bukankah lebih cantik andai lagu rock juga ada unsur da`wah?
Tidakkah lebih jelik pabila ketika ada segolongan pihak yang ingin membuat tugas menyedarkan ummat tentang hakikat Islam ini dihalang dengan kuatnya. Tetapi mereka yang ingin melakukan konsert, pesta, keraian yang bukan-bukan dibenarkan dengan sesuka hatinya? Maka dimanakah kononnya Islam yang dilaung-laungkan itu?
Adakah Islam itu hanya tertegak dengan kata? Adakah Islam itu tertegak hanya dengan ceramah dan jualan air liur sahaja?
Saudaraku,
Islam itu adalah kehidupan kita. Saat kita mengucapkan shahadah, kita telah berikrar dan mengikat perjanjian untuk menerima Islam sepenuhnya.
Tiada istilah “part time Muslim”. Hari ini aku ikut jalan kafir, esok aku ikut jalan Islam. Tiada istilah pengasingan Islam dari kehidupan. Tidak ada pengasingan Islam itu dari pemerintahan. Kerana Islam ini sungguh lengkap dan syumul.
Segalanya dari aspek kehidupan seharian, pemerintahan malah kematian. Ketika kita bershahadah, kita telah berikrar pada aqidah kita dan juga kita juga berikrar bahawa kita sanggup mengikut Islam ini.
Adakah shahadah itu sekadar hanya kata-kata kosong??? Renung-renungkan bersama.

Samudera Buat Guru
Di sudut pintu utama kelas , terlihat kelibat seorang manusia mula memasuki kelas dengan perlahan , raut wajahnya agak tua namun semangatnya menampakkan dirinya tidak seperti usianya , dia tampak tegas dan garang. “Bangun..” Kalam pertama yang berbunyi kemudian disambung pula . “Selamat pagi cikgu..” serentak dengan satu nafas alunannya membuatkan kelas bergema di pagi itu. Dia mula melihat setiap seorang pelajarnya . “Kerja sekolah yang saya bagi kamu dah siap?” Reaksi yang pelbagai mula timbul wajah setiap pelajar , ada yang berpeluh, ada pula yang kelam kabut dan ada yang seperti biasa sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. “Samad , kamu sudah siap?” Samad orang pertama yang disapa. “Err..cikgu , semalam saya tertidur , tak sempat nak buat”. “Apa yang kamu buat dirumah?. Tdur saja kah?” Samad hanya diam tanpa jawapan . “Nah ambik buku kamu ni , buat latihan yang saya bagi di atas padang sana sambil berdiri” Denda buat samad yang tidak siap kerja sekolahnya. Di hari yang lain“Murid-murid hari ini saya nak lihat kerja sekolah yang saya bagi , haa , Samad kerja sekolah kamu bagaimana??” Samad tunduk dan berdiam diri. “Samad , kamu dengar tak apa yang saya cakap ni ?!!”. Gema suara itu menjadikan kelas sunyi sepi. “Saya tertidur cikgu..” “aduhh!” libasan rotan membuatkan samad kesakitan . “Apa nak jadi dengan kamu ni? Datang sekolah lambat , dalam kelas kamu tidur , sekarang kamu keluar , berdiri di padang sana”. Kampung Sebiru Anak-anak kampung girang berlari berkaki ayam bermain sesama mereka . Suasana awal pagi kampung tepian pantai itu agak tenang dengan udara samudera yang nyaman dan selesa. Para nelayan mula melabuhkan kapal-kapal kecil mereka di jeti setelah semalaman di laut, sibuk suasana di Jeti . Hasil tangkapan mereka dinanti-nanti oleh pemborong yang awal-awal lagi sudah tiba di jeti. Samad sibuk menjemur ikan kering di ampaian khas yang dibuat oleh ayahnya dihadapan rumah. “Kau tak pergi sekolah hari ni samad?”, tanya ayahnya yang baru sahaja pulang dari laut. “Pergi ayah , lepas saya jemur ikan kering , saya terus ke sekolah”. Samad menyambung kerjanya. “Oh ya , adik-adik saya dah hantar ke rumah makcik Jamilah , lepas sekolah saya akan ambil mereka”, tambah Samad. Samad merupakan anak yatim , semenjak ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara tahun lalu , Samad banyak belajar untuk berdikari , tambahan pula kesempitan hidup keluarganya membuatkan Samad tidak seperti kanak-kanak lain . Walaupun baru berusia 12 tahun , Samad punya tanggungjawab yang besar , jika ayahnya ke laut , Samad yang akan menjaga adik-adiknya seramai tiga orang . “Kamu lambat datang lagi?” ,tanya Majid . Sahabat baik Samad yang juga merupakan kawan sekampungnya. “Nasib baik cikgu Hamidah tak masuk kelas lagi , kalau tidak habis kamu berdiri di tengah padang lagi”, bebel si Majid . “Kau bukan tak tahu , aku macam mana..” Samad menutup perbualan. “Bangun , selamat pagi cikgu..” Kelas 6 Sentosa bergema di pagi itu. “Murid-murid , pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Guru , pada bulan hadapan , saya mahukan wakil daripada kelas ini untuk membuat persembahan nanti , kamu ada cadangkan sesiapa?”, tanya cikgu Hamidah pada anak-anak muridnya. “Majid , cikgu” , Sofi mencadangkan . “Dia pandai menyanyi , hari-hari saya lihat dia menyanyi, kalau cikgu tiada dalam kelas mesti dia menyanyi, macam Akademi Fantasia pulak kelas kita ni”, gurau Sofi . Sofi merupakan ketua kelas 6 Sentosa berseloroh membuatkan satu kelas tergelak. Muka Majid merah , malu. “Kalau macam tu , kamu lah yang akan buat persembahan ya..”, cadang cikgu Hamidah . Majid hanya tersenyum.
“Baiklah kelas,sekarang ni saya nak lihat kerja sekolah yang saya berikan semalam”. Seperti biasa cikgu Hamidah pasti akan mencari Samad , di hujung kelas Samad tertidur , penat agaknya. “Samad!!”. Cikgu Hamidah sudah berubah raut wajahnya yang sememangnya garang , Samad terkejut dan terus terbangun. “Pashh!!” Agak kuat juga tamparan yang cikgu Hamidah berikan kepada Samad. “Kenapa kamu ni teruk sangat? , Saya menyesal dapat anak murid macam kamu, kurang ajar dan tidak tahu menghormati guru, saya nak kamu keluar daripada kelas saya sekarang dan saya tak nak lihat muka kamu lagi!!”, bentak cikgu Hamidah yang benar-benar marah. Cikgu Hamidah memang tegas dan garang orangnya. “Majid, aku memang budak tak berguna”. Samad memulakan perbualan memecah ketenangan bunyi ombak di pantai Kampung Sebiru . “Kau jangan cakap macam tu Samad , cikgu mungkin tak faham bagaimana keadaan kau sekarang ini , hanya aku sahaja yang tahu kau bagaimana” . Majid cuba mententeramkan keadaan. Samad menangis , dihatinya timbul rasa hiba dan sayu mengenang dirinya yang sering malang. Masing-masing senyap , melihat kumpulan ombak yang tidak henti-henti memukul sang pantai sebiru. Sudah hampir seminggu Samad sudah tidak hadir ke sekolah , cikgu-cikgu yang lain sudah bertanya-tanya ke mana perginya Samad , namun bagi cikgu Hamidah dia seolah-olah tidak ambil peduli ketiadaan Samad di dalam kelas. “Puan hamidah , kamu guru kelas 6 sentosa kan? Tahu ke mana perginya pelajar bernama Samad? Sudah hampir semiggu dia tidak hadir ke kelas saya”, tanya cikgu Radzi pada cikgu Hamidah. “Budak tu memang pemalas , selalu saja datang lewat dan tidur di dalam kelas”, rungut cikgu Hamidah. Marahnya mungkin masih belum hilang. Suasana di dalam kelas agak bising , kelas belum bermula . Dihujung tempat duduk Majid berlaku sebuah perbincangan diantara Majid , Sofi dan Ah Leong , mereka Nampak serius seolah-olah membincangkan sesuatu yang penting. “Majid , kau tahu tak kemana perginya si Samad?”, soal si Sofi kerisauan. “Aku pun dah seminggu tak nampak dia, rumahnya juga macam tiada orang , selalu bila waktu petang dia rajin ke tepi pantai dekat rumah aku untuk mengambil angin,tapi sejak seminggu ni tak ada pula aku nampak”, balas Majid. “Tapi semalam dia datang kedai ayah saya , beli peralatan nelayan, ayahnya suruh barangkali . Tapi aku tak sempat bersembang dengannya” beritahu si Ah leong. “Hairan juga..” tambah Majid. Timbul riak wajah yang penuh tanda tanya di sesama mereka bertiga. “Majid , lusa ni dah Sambutan Hari Guru , kamu dah bersedia nak buat persembahan?”, tanya Sofi mengubah topik perbualan. “Insyallah , eh , Ah Leong kau pandai main gitar kan? Nanti kau mainkan utuk aku ya” pinta Majid. “Ok , kawan-kawan tak ada hal punya” .Ah Leong bersetuju. “Habis tu aku nak jadi apa?”. Sofi juga mahu turut serta. “Haa..Sofi kau jadi pengurus kami lah , kau kan pengurus artis”, gurau Ah leong. Mereka bertiga ketawa sesama sendiri. Selepas asar , Majid mahu mengambil angin di pantai berhadapan rumahnya , tiba-tiba dia ternampak Samad, dengan segera dia mendapati Samad. “Samad , mana kau pergi ? dah seminggu aku cari” , Majid beriya-iya menanyakan soalan pada Samad. “Majid , aku dah berhenti sekolah” jawab Samad . Mukanya tenang tetapi riaknya sedih. “Kenapa ?” Majid semakin hairan. “Ayahku , dia tidak mampu lagi nak menanggung perbelanjaan persekolahan aku dan aku memutuskan untuk mengikut ayah ke laut”, jawab Samad. Majid hanya diam , wajahnya mula kesedihan dan simpati. “Memang aku nak jumpa dengan kau Majid , aku tahu esok kan hari guru , aku nak kau berikan surat ini untuk cikgu Hamidah , aku tak ada hadiah nak diberi” Samad mengeluarkan sebuah kertas lusuh daripada kocek seluarnya. “Apa ni Samad?” tanya si Majid. “Sekadar luahan hati aku pada cikgu Hamidah , aku tuliskan sajak untuknya”, balas Samad tenang dan berterus-terang. Majid memeluk Samad , kali ini dia benar-benar sedih dengan keluhuran hati Samad.Mereka menangis. Pantai Sebiru jadi saksi. Hari persembahan untuk sambutan hari guru sudah tiba. Majid akan membuat persembahan. “Kau dah bersedia”, tanya Ah Leong dan Sofi. “Hari ni aku tak menyanyi , aku bersajak , tapi Ah Leong , kau main gitar juga ya untuk aku”, balas Majid. “Kenapa tukar plan?”, Sofi kehairanan. Majid menunjukkan kertas lusuh yang diberikan Samad padanya. “Hadiah untuk cikgu Hamidah daripada Samad”. Majid senyum , namun senyumannya nampak sedih. “Samad dah tak sekolah lagi dah , dia ke laut dengan bapanya”, Majid menambah. Suasana sepi. Masing diam tidak bersuara. “Baiklah , mari kita bersiap” Majid menutup suasana itu . Persembahan tinggal lagi setengah jam. Di atas pentas“Assalamualaikum , saya Majid dan di sebelah saya Ah Leong , hari ini kami akan menyampaikan sebuah sajak yan bertajuk , “Samudera Buat Guru” , sajak ini di tulis khas oleh sahabat kami , Samad”. Majid memulakan biacara. “Sajak ini untuk guru-guru Sekolah Kebangsaan Seroja terutamanya cikgu Hamidah..” Ah Leong menambah. Seluruh dewan memberikan tepukan gemuruh. Timbul rasa hairan di wajah cikgu Hamidah . Terdiam dan ingin tahu. Ah Leong mula memetik gitarnya dengan perlahan , sayu rentaknya. “Sajak ini kutujukan buat guru-guruku yang tersayang , ampunan maaf juga buat kalian kerana saya pelajar yang malas dan tidak menghormati kalian. Kalian juga tidak perlu risau lagi dengan anak muridmu yang tidak berguna ini , saya hanya akan ke laut sahaja selepas ini , namun saya juga teringin seperti anak-anak murid yang memberi hadiah buat guru yang disayangi sempena hari yang berbahagia ini , tidak mampu saya berikan hadiah yang mahal-mahal , cumanya sebuah sajak …khas untuk guru-guruku terutamanya cikgu Hamidah” isi surat tersebut..
SAMUDERA BUAT GURU
Pantai hari ini nampak tenang Tiada gelora,Tiada ombak yang garang,Melihat laut yang jauh itu,Umpama melihat ibu yang tersayang, Pada pantai aku melepas rindu,Pada pantai juga aku menangis,Pada ombak ku kirimkan cinta,Pada dunia lautan itu Guruku , Sayangnya aku pada kamu,Umpama lautan yang luas itu,Jasamu umpama samudera,Memberi sebuah kisah cinta pada manusiaGuruku, Aku anak laut Laut dan pantai duniakuIa juga masa depanku,Ia warna dalam hidupku,Guruku, Kasihmu ku anggap ombak,Ombak tenang di bibir pantai,Jasamu juga ku anggap ombak,Ombak yang garang dan banyak memukul pantai,Guruku, Budimu ku anggap air di laut,Tak pernah kering dan mati,Walau kita nampak jauh,Namun kita dekat pada hati,Guruku, Jika dosa telah aku lakukan,Restu dan maafmu aku dambakan,Jika hatimu luka Selautan ampun ku pohonkan,Hari ini dan esok… Aku akan terus melihat samudera luas ini.. Dan sampai bila-bila.. Samudera ini hadiahku buat guru-guru…
Ada air mata jernih mengalir dipipi para hadirin yang mendengar , Majid teresak-esak mengungkap bait-bait sajak , Ah leong semakin sedih rentak gitarnya. Cikgu Hamidah tidak dapat menahan sebaknya , air mata deras , terlalu deras. Dia teringatkan Samad. Anak muridnya. Hatinya Terusik , sesuatu perlu diubah dan berubah.
p/s: Buat Ibu bapaku selaku guruku yang utama.. Untuk Guru-guru yang pernah mendidikku… Buat Insan-insan yang mengenalkan aku erti Ilmu.. “SELAMAT HARI GURU”.

Langgan:
Catatan (Atom)