Jumaat, 22 Mei 2009

Panduan Khusyuk Dalam Solat














  • Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
  • Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
  • Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha
  • Melihat setiap gerak-geri kita
  • Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
  • Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
  • Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
  • Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih
  • Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
  • Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
  • Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
  • Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
  • Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
  • Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
  • Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan
  • Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

....


I made this widget at MyFlashFetish.com.