Jumaat, 19 Jun 2009

Permulaan Pada Kisah Cinta


“BERAPA banyak lagi beras yang tinggal?” Akhirnya arwah atuk mengagah sukma untuk bertanya juga, mungkin untuk menyedapkan suasana redup yang terkulai sesal dan kecewa di suatu petang itu. “Tinggal dua cupak besar lagi ayah. Cukup untuk dua hari lagi, insha-Allah” Ibu pula menjawab, cuba menyapa lembut pertanyaan arwah atuk, yang sedikit faham disebalik ronaan mata yang mengecil arwah atuk. Tujuh orang adik-beradik masih sekolah, tinggal ibu dan kakak yang sudah tamat sekolah menengah. Ibu bertekad untuk tidak menyambung pengajian, berkorban tenaga demi sesuap nasi. Biarlah adik-adik yang lain bersekolah. “Jangan risau nak, ayah tahu di mana perlu cari sumber rezeki. Tengok adik-adik yang lain, ayah mahu keluar sekejap” Hujan mula menampakkan jantan, turun bersama sambaran petir yang meraum membunuh roh jahat. Inilah kali pertama penulis tersedar dari lamunan yang jauh, belajar dari kehidupan. Ingin menjadi seorang anak dan hamba yang sentiasa bersyukur di atas nikmat kurnian Ilahi. Ibu selalu ingatkan anak-anaknya dengan sebuah cerita lama, diulang siar setiap masa bilamana kami berkumpul santai. Kenapa ibu tidak jemu untuk bercerita? Bahkan menjadi seorang pujangga yang sarat dengan hikayat, bersemangat memberi faham, dan peringatan tika hidup di sebuah puaka yang telah menelan manusia, hanyut bersama dosa noda. Mata mana yang sanggup melihat, orang tersayang bersusah payah membanting tulang empat kerat, demi melihat keluarga kenyang, ceria, dan tiada pula menangis hiba meratapi kehidupan yang susah ini. Menangis bukan jawapan yang jelas, bukan bayaran setimpal pada sebunjut tenaga yang menjadi galang pengganti pada hayat yang terus menyambung. Namun, itulah lukisan alam, hidup sehari ke sehari membilang angka, esok yang indah umpama mimpi. Bebunga yang baru berputik, berguguran setiap detik. Kini arwah atuk sudah tiada, yang ada adalah semangat beliau, kejujuran beliau, kegigihan beliau, buat santapan generasi terkemudian. Setiap bait kata-kata arwah cukup menyengat, dan menikam Qalbu. Banyak air mata terkadang dibuang, mengenang yang telah pergi. Tetapi bila dikaji sejarahnya dulu masa insan yang ditangisi itu ada, menangis dia bercakap dan menasihati kita tentang bagaimana nak menjalani kehidupan sempurna, tapi tidak pula dipedulikan. Bila jasad dah pergi, dan diri kena hidup bersendirian, mula berlenangan air mata, tambah-tambah lagi pergi ke pusara. Kesedihannya tidak tergambar untuk memperbaiki keadaan, hanya kelangsungan kebiasaan yang tidak mengundang kebaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

....


I made this widget at MyFlashFetish.com.