Rabu, 16 Mac 2011

Wuduk dan Penjelasannya

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Mari kita berkongsi ilmu.


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
Penjelasan : Manusia sering bercakap perkara yang tidak berfaedah

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan mukaku ini"
Penjelasan : Ahli Syurga mukanya putih berseri-seri

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini"
Penjelasan : Ahli Syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini"
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindungilah daku daripada terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu"
Penjelasan : Panas di Padang Mahsyar ibarat matahari berada sejengkal di atas kepala

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim"
Penjelasan : Ahli Syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid, surau dan bukannya tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Sesungguhnya setiap ciptaan Allah mempunyai sebab. Selamat beramal...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

....


I made this widget at MyFlashFetish.com.