Indahnya cinta...
Setiap manusia mempunyai perasaann cinta dan perasaan cinta itu tidaklah haram.. Ini kerana, dengan perasaan cinta kita boleh mendekatkan diri kepada Allah, kepada Rasulullah SAW, mengeratkan sillaturrahim sesama saudara dan sesama manusia..
Dengan cinta juga kita akan melakukan segala suruhan Allah SWT dan suruhan Rasulullah SAW..
Sebagai contoh, jika kita cinta kepada seorang lelaki atau perempuan, sudah pasti jika kekasih kita meminta kita melakukan sesuatu perkara, kita akan melakukannya walaupun dalam keadaan malas dan jika kita tidak dapat memenuhi permintaan kekasih kita, sudah pasti kita akan berasa susah hati.. Betul tak??
Semestinya betul... Dan begitu juga kalau kita mempunyai rasa cinta kepada ibu bapa kita. Apabila mereka meminta pertolongan kita untuk menyidai pakaian, membeli barang dapur dan lain - lain, sudah tentu kita akan melakukannya dan berasa susah hati jika kita gagal memenuhi permintaan mereka..
Tetapi, yang menjadi persoalan disini, Kita 'declare' bahawa kita cinta kan Allah dan Rasululah SAW.. Tetapi adakah segala suruhannya kita ikut dan segala larangannya kita jauhi?? Adakah kita berasa susah hati jika gagal melakukan perintah-Nya atau kita terlanggar laranganNya?? Fikir - fikirkanlah, adakah solat kita sempurna 5 kali sehari semalam?? Bagaimana pula dengan puasa, zakat, sedekah, dan lain - lain lagi suruhanNya?
Sebut pasal solat, saya nak bagi satu fenomena...
Anda ada seorang kekasih dan anda selalu berhubung dengannya melalui SMS atau call.. Ok, kalau anda sedang menonton TV, tiba - tiba hanset anda 'vibrate' atau berbunyi, adakah anda akan biarkan sahaja panggilan itu atau dengan segera mengangkat atau membuka messege tersebut dan berharap agar kekasih andalah yang call atau messege?? Sudah tentu dengan sepantas kilat anda akan mengangkatnya betul??
Tetapi yang peliknya, apabila kekasih kita call dengan cepat kita menjawab panggilannya.. Tapi bila Allah yang call (azan), mengapa dengan selambanya kita boleh melambat - lambatkan pergerakan kita untuk pergi ke surau atau masjid untuk solat berjemaah..
Oleh itu, saya menyeru kepada anda semua agar kita sama - sama kembali ke jalan yang benar iaitu jalan yang mengikut syariaat Allah.. Semoga dengan perasaan cinta yang Allah anugerahkan kepada kita ini, kita dapat mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. Tak salah untuk mempunyai perasaan cinta sesama manusia, tetapi pandai - pandailah kawal perasaan anda ye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan