Khamis, 20 Mac 2014

Teori Konspirasi dan Sikap Segelintir Umat Islam

Sejak umat Islam sedar tentang kewujudan gerakan Freemason global, telah muncul suatu teori yang berkisar tentang hal ini, yang lebih dikenali sebagai Teori Konspirasi. Kebanyakannya, teori ini membincangkan tentang Zionisme, Freemason/Illuminati dan Yahudi.
Teori ini merebak dan terus merebak, baik di Facebook ataupun di blog. Ini menunjukkan teori ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Perkara ini seolah-olah menjadi agenda utama umat Islam masa kini, dan agenda utama umat Islam yang sebenarnya iaitu menegakkan semula Daulah Khilafah bagai diabaikan seketika.
Memang tidak salah untuk membincangkan perkara ini dan umat Islam wajib menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama. Tetapi, umat Islam bagaikan sudah menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkara ini, di mana fakta tentang teori-teori yang dikemukakan adalah belum tentu sahih. Dan secara kasarnya, Teori Konspirasi ini lebih sensasi berbanding Daulah Khilafah.
.يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
"Wahai orang-orang Yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang Yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (as-Sunnah) Rasul-Nya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." - Surah An-Nisa': Ayat 59
Sehubungan dengan itu, disebabkan ketaksuban terhadap teori konspirasi, rancangan animasi Upin & Ipin juga tidak terlepas daripada dikonspirasikan. Alahai... kasihannya Upin & Ipin. Hanya disebabkan oleh huruf U (Upin), huruf U tersebut ditafsirkan sebagai USA dan I (Ipin) sebagai Israel.
Walhal, satu bukti sahih pun tidak dapat dikemukakan bagi membuktikan kebenaran konspirasi ini. Lebih menyedihkan, bukti sahih belum lagi dikemukakan, masyarakat sudah sibuk menyebarluaskan berita ini di blog dan Facebook.
.يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." - Surah al-Hujurat: Ayat 6
Bukan itu sahaja, ketaksuban segelintir masyarakat kita hari ini menyebabkan iPhone 4G juga terbabit sama. Ada yang menyatakan, huruf i pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada Israel. 4G pula bermaksud god, gold, glory and girl. Alahai, betapa tandusnya ilmu segelintir masyarakat hari ini! Inilah kerja bodoh segelintir umat Islam. Sudahlah ketinggalan jauh dalam bidang teknologi, kemudian sibuk mereka-reka kenyataan karut tentang Teori Konspirasi.
Kualiti pemikiran umat Islam hari ini begitu jauh sekali jika dibandingkan sewaktu Islam memerintah dunia dengan Khilafah. Umat Islam pada zaman kekhilafahan bukan sahaja pakar dalam bidang keagamaan, mereka juga pakar dalam bidang fizik, astronomi, kimia, perubatan, dan lain-lain. Lihatlah umat Islam hari ini, sibuk membincangkan Teori Konspirasi, sehingga mereka lupa perkara yang lebih utama.
Wahai umat Islam, bangkitlah daripada mimpi yang enak diulit mimpi. Masalah umat masih belum selesai, mengapa kita sibuk membincangkan perkara-perkara yang kurang keutamaannya? Umat Islam di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Selatan Thai, dan di serata dunia ditindas, adakah kita wajar melebihkan perbincangan tentang Teori Konspirasi yang belum tentu sahih faktanya?
Mari renung-renungkan bingkisan lirik lagu Awaken oleh Maher Zain:

I'm walking with my head lowered in shame from my place,
I'm walking with my head lowered from my race,
Yes it's easy to blame everything on the west,
When in fact all focus should be on ourselves.
- Artikel iluvislam.com

Jumaat, 7 Jun 2013

Istiqamah

Ya Allah.. aku sangat cemburu apabila melihat sahabat-sahabat mampu berterusan atau dengan kata lainnya, istiqamah turun ke masjid/surau untuk solat fardu secara berjemaah.
Aku menjadi cemburu melihat sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dalam pembacaan al-Mathurat selepas subuh dan selepas asar.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mereka mampu istiqamah membaca Al-Quran setiap hari.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dan maintain kan hafazan Al-Quran mereka malahan dapat menambahkan lagi ayat-ayat dan surah-surah hafazan bagi mereka yang belum habis menghafaz.

Nikmatnya Perpisahan Insan yang Ber'Couple'

"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Isra' wa Mikraj.Perjalanan Penuh Ibrah!

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

Rabu, 27 Mac 2013

Ustaz Azhar Idrus - Isu syair Imam Syafie


Karnival Alumni - Aktiviti Menjual Burger

Berniaga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Jadi, kami ahli BADRI telah mengadakan jualan burger dan air ketika Karnival Alumni MOZAC.. Selain mengikut sunnah, kami dapat merapatkan lagi hubungan sillaturrahim sesama ahli BADRI dan mendapat pengalaman berniaga. Alhamdulillah, kesemua burger yang kami jual habis dibeli orang. Syukur kepada Allah..


Ustaz Suriandi sedang menunjuk cara - cara memasak burger special


Kami menjual burger bersama - sama






Sekian sahaja dari kami....

Assalamualaikum.... :)

Selasa, 26 Mac 2013

Aktiviti Musolla - Sabtu - Usrah

Usrah Hari Sabtu.....

Setiap hari sabtu, pelajar - pelajar mozac mempunyai program usrah yang akan diketuai oleh naqib - naqib yang telah dilantik oleh ahli BADRI. Banyak maklumat yang dapat kami perolehi dari aktiviti usrah ini. Sumber maklumat usrah ini diberi oleh Pn Suriyati iaitu guru penasihat bagi Syukbah Tamrin....

Semoga dengan adanya usrah di mozac, pelajar - pelajar mozac dapat berubah kearah jalan yang lebih baik.... Insya - Allah...


Perbincangan sesama Naqib...



Gambar - gambar group Usrah..




Isnin, 25 Mac 2013

Masuk Neraka Kerana Seekor Lalat


Sebelum saya mulakan penulisan, saya berharap jika ada kesalahan dalam apa yang saya tulis ini, para pembaca digalakkan menegur atau membetulkan kesalahan saya, kerana saya bukannya seorang ulama', saya cume saeorang budak yang hanya ingin berkongsi ilmu... 
Baiklah kita mulakan..

Syirik ialah satu perbuatan yang doasanya besar dan tidak akan diampun oleh Allah SWT. Walaupun begitu, syirik terbahagi kepada dua, iaitu syirik jali dan syirik khafi. Syirik Jali ialah syirik yang jelas. Contohnya, menyembah berhala, murtad, mengakui ada kuasa yang lebih hebat dari Allah SWT dan lain - lain..
Syirik Khafi pula ialah syirik yang tersembunyi. Syirik khafi ialah syirik yang paling susah untuk kita elakkan kerana ia berkaitan dengan hati. Contoh - contoh bagi syirik Khafi ialah perasaan riak, ujub, takbur dan lain - lain. Syirik Khafi tidak termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan..
Okey, disini ada sebuah kisah yang ingin saya kongsikan bersama pembaca - pembaca sekalian. Mungkin anda pernah membaca kisah ini dimana - mana, tapi tidak mengapa, saya hanya ingin berkongsi cerita..
Cerita mengenai hanya seekor lalat, 2 orang sahabat boleh masuk syurga dan neraka.
 
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Salman al-Farisi " Seorang lelaki masuk ke Syurga kerana seekor lalat, dan seorang lagi lelaki masuk ke Neraka kerana seekor lalat."
 
Beliau bercerita " Dua orang lelaki berjalan melalui sekelompok orang yang sedang menyembah berhala. Mereka tidak membiarkan sesiapa berlalu dari tempat itu sebelum mempersembahkan korban untuk berhala mereka. Kaum itu berkata kepada salah seorang daripada kedua-duanya,
 
"Persembahkanlah sesuatu untuk berhala"  
 
Dia menjawab "Aku tak memiliki apa-apa".
 
Mereka berkata " Persembahkanlah walau seekor lalat".
 
Lalu dia mengorbankan seekor lalat kepada berhala dan mereka pun melepaskannya. ( Orang ini masuk neraka).
 
Mereka berkata kepada lelaki yang lain "Persembahkanlah walau seekor lalat"
 
Dia menjawab " Aku tidak akan mempersembahkan apa-apa kepada selain Allah SWT!"
 
Lalu mereka memenggal kepalanya. (Orang ini masuk Syurga).
 
Rasulullah bersabda
" Jangan meremehkan sedikitpun tentang makruf (baik) meskipun hanya menjumpai kawan dengan berwajah ceria (senyum)". (HR. Muslim)  

Jangan kita meremehkan perkara yang kecil, walaupun hanya dengan senyuman. Amalan yang kecil itulah sebenarnya besar di sisi Allah. Sebab bukan semua orang boleh buat, betul tak? 
 
(Sumber Cerita: Bila Jari Mula Menaip)
Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.. 
Untuk mengelakkan kita melakukan syirik, amalkan doa yang ada di dalam al-Ma'thurat:

Ahad, 24 Mac 2013

Indahnya Cinta....


Indahnya cinta...
Setiap manusia mempunyai perasaann cinta dan perasaan cinta itu tidaklah haram.. Ini kerana, dengan perasaan cinta kita boleh mendekatkan diri kepada Allah, kepada Rasulullah SAW, mengeratkan sillaturrahim sesama saudara dan sesama manusia.. 
Dengan cinta juga kita akan melakukan segala suruhan Allah SWT dan suruhan Rasulullah SAW..
Sebagai contoh, jika kita cinta kepada seorang lelaki atau perempuan, sudah pasti jika kekasih kita meminta kita melakukan sesuatu perkara, kita akan melakukannya walaupun dalam keadaan malas dan jika kita tidak dapat memenuhi permintaan kekasih kita, sudah pasti kita akan berasa susah hati..  Betul tak?? 

Sabtu, 23 Mac 2013

‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?


Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa G : nak jalan kemana hari ni?

Jumaat, 22 Mac 2013

Percaya Atau Tidak


Percaya atau tidak, semua wanita boleh jadi cantik.. Tetapi bukan dengan mendedahkan auratnya, pakai ketat dan lain - lain.. Tapi nk nampak cantik ialah dengan memakai baju yang longgar, seluar pun tidak ketat, tudung dilabuhkan sikit.. Barulah cantik..
Kalau korang pakai pakaian yang begini, cormfirm cantik.. Tak kisahlah size badan korang besar atau kecil.. Rendah atau tinggi.. Cormfirm comel..

Percaya atau tidak lelaki pun boleh jadi handsome dan ranggi. Bukan dari segi kata-kata dan janji janji manisnya, bukan dari kemachoan nya yang di tunjuk-tunjukan dan bukan dari badannya yang tough sebab work out 24/7. tapi dari akhlaknya yang mengikuti ajaran al-quran, dari matanya yang menundukan pandangan, dari bicara nya yang penuh berhikmah , dari sifat berani nya apabila melawan nafsu ,dari rambutnya yang tersimpan rapi dalam kopiah mahupun serban dan so on.

so kaum adam, anda sememangnya handsome jika mengikuti ajaran dan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. :)
 

Oleh itu, marilah kita sama - sama berubah kearah yang lebih baik..

Rabu, 13 Februari 2013

Cintailah Rasul Kita


Alhamdulilah, setinggi - tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT. Dengan izin dan hidayah-Nya, kita masih lagi dapat merasai nikmat Iman dan Islam yang hanya dapat dirasai oleh orang - orang yang terpilih sahaja. 
Baru - baru ini, kita baru sahaja selesai menyambut hari kelahiran seorang manusia yang paling mulia, iaitu hari kelahiran Habibullah, Rasulullah SAW. Pada hari itu, semua umat Islam berselawat kepada Nabi SAW sebagai tanda cinta dan rindu kita kepada Nabi SAW. Alhamdulillah, semoga selawat dan salam yang kita sampaikan kepada Baginda SAW didengari oleh Baginda SAW.

Maulidur Rasul 2013 di Mozac

Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT. Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah berjaya kita laksanakan dengan jayanya. Semoga Nabi SAW mendengar dan terima selawat dan salam yang kita sampaikan buat Baginda SAW dengan rasa cinta dan kasih yang amat mendalam kepadanya. Dengan ini, janganlah kita hanya ingat kepada Nabi SAW hanya pada hari kelahiran Baginda SAW sahaja. Ingatlah dan cintalah Nabi SAW pada bila - bila masa. Ikutilah sebanyak mungkin sunnah - sunnah Baginda SAW. Semoga kita mendapat syafaat Nabi SAw diakhirat kelak. Insya Allah....

Selasa, 12 Februari 2013

Hebatnya Para Sahabat Nabi SAW


Seperti yang kita tahu, para sahabat Nabi SAW sangat khusyuk ketika solat. Ada yang mengatakan bahawa ketika mereka solat, segala apa yang berlaku disekeliling mereka tidak mereka sedari. Allahu Rabbi, betapa hebatnya iman para Sahabat Nabi SAW. Kali ini saya ingin berkongsi beberapa cerita tentang hebatnya solat sahabat Nabi SAW.
Pada suatu hari, kaki Saidina Umar al-Khattab telah dipanah. Para sahabat yang yang lain cuba untuk menarik keluar panah tersebut dari kaki Saidina Umar al-Khattab. Walaubagaimanapun, Saidina Umar berasa sakit ketika panah dikakinya cuba dicabut. Kemudian Saidina Umar al-Khattab berkata kepada sahabatnya supaya mencabut panah di kakinya ketika dia sedang solat.
Saidina Umar mula menunaikan solat. Ketika beliau sedang bersembahyang, panah yang berada di kakinya dicabut oleh orang yang ada dikelilingnya. Tiada sedikit pun reaksi daripada Saidina Umar ketika panah itu dicabut. Seusai Solat, Sadina Umar al-Khattab berasa sakit dikaki. Rupa - rupanya, baru dia tersedar yang panah dikakinya sudah dicabut..
Allahu Akbar... betapa hebatnya iman Saidina Umar al-Khattab, Khalifah kedua Umat Islam selepas kewafatan Nabi SAW. 
Lagi satu cerita tentang seorang sahabat Nabi SAW juga.. Tapi saya lupa namanya..
Suatu ketika, seorang sahabat Nabi SAW sedang menunaikan solat sunat. Di samping beliau, ada anaknya yang masih kecil sedang bermain. Tiba - tiba, seekor ular telah membelit anaknya itu sehingga anak kecilnya itu hampir mati. Tiada sedikit reaksi pun daripada bapanya yang sedang menunaikan solat. Nasib baiklah isterinya ternampak kejadian tersebut. Maka dia menyelamatkan anaknya itu.
Seusai solat, Si isteri memberitahu kepada suaminya bahawa anak mereka hampir mati di belit ular. Si suami berkata bahawa beliau langsung tidak sedar akan kejadian itu..
Allah.. Betapa khusyuknya solat para sahabat Nabi SAW sehingga anaknya hampir mati dicekik ular pun tidak disedarinya.. Semoga Allah merahmati mereka..
Mari kita renungkan, bagaimana pula dengan solat kita sekarang?? Hendak menunaikan solat pun susah, apa lagi mahu khusyuk ketika solat. Oleh itu, marilah kita perbaiki diri kita supaya dapat menjadi hamba yang dikasihi Allah SWT..
Wallaualam.. Kalau ada yang salah, tolong betulkan.. Saya ni bukannya Ulama', tetapi sekadar ingin berkongsi dengan anda semua supaya kita dapat bersama - sama berubah kearah yang lebih baik..

Solatlah walau dimana kita berada

Isnin, 11 Februari 2013

Iktibar dari Perang Hunain

Semasa Perang Hunain,Rasulullah SAW memberikan para mualaf ( penduduk Mekah yang baru memeluk Islam) ghanimah (harta rampasan perang) dalam usaha mengikat hati mereka kepada Islam. Namun, tindakan Rasulullah SAW itu menimbulkan rasa berat dalam hati sebahagian daripada kaum Ansar. Setelah itu, Rasulullah SAW mengumpulkan kaum Ansar dan menyampaikan khutbah khusus,sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim (mafhumnya):

                          "Hai kaum Ansar, apakah kalian berasa hina tidak menerima sejempu t'sampah' keduniaan yang tiada ertinya? Dengan 'sampah' itu,aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja masuk Islam,sedangkan kalian telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kalian tidak puas melihat orang lain pulang membawa kambing dan unta,sedangkan kalian pulang membawa Rasul Allah? Demi Allah, apa yang kalian bawa pulang lebih baik daripada apa yang mereka bawa. Demi Allah,yang nyawa Muhammad berada di tangan-Nya, kalau bukan kerana hijrah nescaya aku menjadi salah seorang daripada Ansar. Seandainya orang lain berjalan di lereng gunung yang lain,aku pasti turut berjalan di lereng gunung yang ditempuh oleh kaum Ansar.Sesungguhnya kalian akan menghadapi dikriminasi sepeninggalanku, maka bersabarlah hingga kalian berjumpa denganku di telaga (syurga). Ya Allah,limpahkan rahmat-Mu kepada kaum ansar, dan kepada cucu kaum Ansar!!"

Mendengarkan ucapan Rasulullah SAW itu, kaum Ansar berasa sebak sehinng menitislah air mata membasahi janggut-janggut mereka.Lantas mereka berkata," kami rela mendapatkan Allah dan rasulnya sebagai pembahagian daripada usaha kami".

Demikianlah upaya Nabi Muhammad SAW dalam mempertahankan keutuhan jemaah Islam yang tergoncang akibat godaan dunia.Baginda SAW mengingatkan kembali kepada mereka akan kepentingan ikhlas dalam dakwah.Kemenanganboleh membawa kepada rasa kenikmatan yang melenakan. Oleh itu, marilah jernihkan hati kita dengan kleikhlasa agar tidak terleka dengan kemengan yang diperolehi.

....


I made this widget at MyFlashFetish.com.