Semasa Perang Hunain,Rasulullah SAW memberikan para mualaf ( penduduk Mekah yang baru memeluk Islam) ghanimah (harta rampasan perang) dalam usaha mengikat hati mereka kepada Islam. Namun, tindakan Rasulullah SAW itu menimbulkan rasa berat dalam hati sebahagian daripada kaum Ansar. Setelah itu, Rasulullah SAW mengumpulkan kaum Ansar dan menyampaikan khutbah khusus,sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim (mafhumnya):
"Hai kaum Ansar, apakah kalian berasa hina tidak menerima sejempu t'sampah' keduniaan yang tiada ertinya? Dengan 'sampah' itu,aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja masuk Islam,sedangkan kalian telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kalian tidak puas melihat orang lain pulang membawa kambing dan unta,sedangkan kalian pulang membawa Rasul Allah? Demi Allah, apa yang kalian bawa pulang lebih baik daripada apa yang mereka bawa. Demi Allah,yang nyawa Muhammad berada di tangan-Nya, kalau bukan kerana hijrah nescaya aku menjadi salah seorang daripada Ansar. Seandainya orang lain berjalan di lereng gunung yang lain,aku pasti turut berjalan di lereng gunung yang ditempuh oleh kaum Ansar.Sesungguhnya kalian akan menghadapi dikriminasi sepeninggalanku, maka bersabarlah hingga kalian berjumpa denganku di telaga (syurga). Ya Allah,limpahkan rahmat-Mu kepada kaum ansar, dan kepada cucu kaum Ansar!!"
Mendengarkan ucapan Rasulullah SAW itu, kaum Ansar berasa sebak sehinng menitislah air mata membasahi janggut-janggut mereka.Lantas mereka berkata," kami rela mendapatkan Allah dan rasulnya sebagai pembahagian daripada usaha kami".
Demikianlah upaya Nabi Muhammad SAW dalam mempertahankan keutuhan jemaah Islam yang tergoncang akibat godaan dunia.Baginda SAW mengingatkan kembali kepada mereka akan kepentingan ikhlas dalam dakwah.Kemenanganboleh membawa kepada rasa kenikmatan yang melenakan. Oleh itu, marilah jernihkan hati kita dengan kleikhlasa agar tidak terleka dengan kemengan yang diperolehi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan