Ada suara yang mengungkapkan : "Boring la hidup ni!". Kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya. Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.
Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah). Ingatlah firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." (Surah al-Dhariyat 51 : 56)
Allah juga berfirman yang bermaksud : "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini." (Surah al-Baqarah 2 : 30)
Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehigga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan