Sabtu, 9 Februari 2013

Bersedekah Amalan Mulia


Sesungguhnya bersedekah ada banyak faedah. Oleh itu, marilah kita mengeluarkan sedikit harta kita untuk bersedekah. Nabi SAW pernah memberi jaminan bahawa tidak akan kurang harta orang yang mengeluarkan sedekah.
Dengan bersedekah, orang yang susah dapat merasai nikmat sama seperti orang yang lain. Selain itu, dengan sedekah juga dapat mengeratkan hubungan sillaturahim. Oleh itu, janganlah kamu merasa susah hati untuk mengeluarkan sedekah.
Ada beberapa hadis Nabi SAW yang berkaitan tentang fadhilat bersedekah..


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Pada setiap waktu pagi dan petang, dua malaikat akan turun kepada seorang hamba lalu salah satu daripada malaikat itu berkata:
‘Ya Allah! Berikanlah orang yang mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian. ‘Kemudian berkata malaikat yang lain: ‘Ya Allah! Berilah kepada orang yang menahan diri daripada mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pernah satu ketika, 
Ada seorang sahabat Nabi SAW yang suka meminta. Satu hari, beliau meminta sesuatu dari Rasulullah SAW dan Baginda memberikannya. Pada lain hari pula, beliau datang meminta lagi daripada Nabi SAW dan Nabi SAW memberikannya barang yang di minta. Kali ketiga beliau meminta, Nabi SAW memberikannya dan bersabda....
"Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan.Tangan yang di atas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).”
(Hadis riwayat Muslim)
Sejak hari itu, sahabat ini tidak pernah meminta dan selalu bersedekah. Selepas kewafatan Nabi SAW, khalifah pada masa itu ingin memberi harta zakat kepada sahabat itu. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu menerimanya dan memberitahu tentang hadis tadi..
Daripada kisah diatas, marilah kita mengambil pengajaran.. janganlah kita suka meminta - minta dan banyakanlah bersedekah..
InsyaAllah harta kita tidak akan berkurang malah akan bertambah lagi..
Wallahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

....


I made this widget at MyFlashFetish.com.